Google+ Followers

kita kawan..?? :)

Shaklee Updates

Tuesday, 18 November 2014

Radikal bebas dan Antioksidan

Assalamualaikum wrt.wbt..

Alhamdulillah..semalam selesai kelas dengan ahli group dazzling diamond leader...tajuk semalam Antioksidan dan radikal bebas...

selalu sangat kan kalau kita tengok iklan supplement, mesti dorang tekankan tentang antioksidan...mempunyai antioksidan yang tinggi yang mampu melawan penyakit kanser..itu antara contoh ayat lah...tapi, kita ni yang menjadi pengguna supplement kerana nak kesan yang terbaik..nak upgrade nilai kesihatan kita...nak cantik bergetah cam anak dara...nak maintain nampak macam umur 17 tahun setiap saat setiap masa..tahu tak antioksidan ni ape sebenarnya...? dan kenapa kita perlukan antioksidan nih...?? jangan pulak dek kabur dengan setiap kelebihan supplemement, kita langsung tak ambik cakna dengan bahan-bahan yang ada dalam supplement tu sendiri dan keadaan kesihatan tubuh kita...ok..? hii..

Alright..so, harini insyaAllah eid nak share hasil daripada coaching kelas semalam...bila buat kelas semalam, ramai yang tak tahu rupanya yang radikal bebas itu terhasil daripada tindak balas biokimia dalam badan kita dimana sel badan kita menggunakan oksigen untuk menghasilkan tenaga...dalam proses ini, kadangkala menghasilkan molekul-molekul yang tidak stabil...so, molekul yang tidak stabil ini lah yang kita panggil radikal bebas..

kesan kewujudan radikal bebas ini?

radikal bebas ini adalah sangat reaktif dan akan merosakkan sel, mengubah fungsi sel dan juga DNA...

selain itu, radikal bebas ini bukan sahaja daripada sel dalam tubuh..tetapi juga wujud di sekeliling kita...contohnya dari pencemaran alam sekitar, asap rokok, kesan radiasi, penggunaan bahan-bahan kimia, produk-produk kecantikan yang tinggi baahan kimia...dan banyak lagi faktor lain...so, faktor-faktor ini bila bergabung dengan sel-sel daripada badan kita akan menyebabkan jumlah radikal bebas lebih daripada apa yang mampu dihasilkan oleh badan...radikal bebas ini akan semakim reaktif dan menyerang dan merosakkan sel-sel badan kita...ini menyebabkan fungsi semulajadi sel-sel badan tergendala...

dari segi kecantikan, wajah seseorang akan nampak lebih tua dari usia, kedut-kedut dimuka yang ketara, kulit yang kering dan kusam...dan pelbagai jenis pigmentasi kulit yang berlaku...

pernah tak anda alami, bila berada di sebelah ibu anda...orang selalu cakap macam adik beradik..ada dua tafsiran disini...ibu anda nampak muda sehingga seusia anda atau anda nampak tua seusia ibu anda...jika yang kedua, maka mohon start risau dan carilah jalan untuk sama-sama nampak muda macam ibu anda...;)

jadi..berbalik kepada antioksidan dan supplement antioksidan tu...untuk mengatasi radikal bebas ini, kita memerlukan antioksidan...ini kerana anti oksidan mempunyai lebih elektron yang mampu meneutralkan radikal bebas...ia berfungsi untuk meneutralkan kerosakan pada sel yang terjadi kesan daripada kewujudan radikal bebas...

jika radikal bebas terhasil daripada proses biokimia dalam badan kita...antioksidan tidak mampu dihasilkan dalam badan kita...kita hanya akan mendapat antioksidan daripada pemakanan kita melalui pengambilan buah-buahan yang tinggi dengan anti oksidan...dan, dikenal pasti bahawa anti oksidan yang tinggi terdapat dalam Vitamin C, vitamin E dan beta kerotene(vitamin A)..

antara makanan yang tinggi anti oksidan ialah kurma, kismis, oren, delima, berri, acai berry dan banyak lagi...namun, perlu kita tanya diri kita sendiri, adakah buah-buahan ini kita ambil setiap hari dan betulkah cara pengambilan buah-buahan ini? tahu kan yang buah-buahan elok diambil sebelum makan berat untuk membantu proses pencernaan...

selain itu, kandungan vitamin A, C dan E yang tinggi antioksidan ini juga boleh didapati melalui pengambilan supplement...namun, adalah penting untuk mengetahui setiap kandungan supplement dan sukatan yang betul bagi setiap supplement yang kita consume...pengambilan vitamin A yang berlebihan boleh menyebabkan toksisiti...perlu tahu bagaimana nak dpatkan vitamin A untuk menentang radikal bebas tetapi pada masa yang sama tidak memberi kesan buruk yang lain...

sebagai pengguna supplement organik shaklee, eid suka sangat bila tahu bahawa vitamin-vitamin antioksidan ini juga terdapat dalam shaklee...suka sangat bila tahu tentang setiap fungsi vitamin ini mampu untuk menentang kewujudan radikal bebas dan membaiki sel-sel yang dirosakkan oleh radikal bebas...

secara umumnya, vitamin shaklee yang mengandungi anti oksidan ialah::

~ carotomax - mengandungi beta kerotene yang tidak merbahaya seperti vitamin A jika terlebih pengambilan...
- membantu membaiki sel kulit dan menghasilkan kulit baru yang lebih sihat..

~ Vitamin E - terkenal dengan vitamin anti penuaan kerana kaya dengan antioksidan...
- ini kerana vitamin E mampu untuk membaiki sel-sel yang dirosakkan radikal bebas..jadi sel kulit baru itulah yang akan membuat anda kelihatan muda...
- maka tidak hairanlah jika orang yang awet muda tu bila ditanya ape rahsia, then dorang bagi jawapan saya konsisten ambik vitamin E...:)

~ vitamin C - vitamin C shaklee yang terkenal dengan sustained released..iaitu pelepasan perlahan-lahan..once kita consume, 2 biji vitamin C dalam jarak masa 5 jam mampu kekal dalam plasma darah kita dalam masa 24jam...
- jadi, sepanjang hari kita consume vitamin C ini akan membantu menentang infeksi bakteria dan radikal bebas...

best kannn..?? lepas ni confirm ramai yang nak consume vitamin ACE ni sebab nak dapatkan kebaikan antioksidan tu...rugi sangat bila kita tak ambil kebaikan daripada supplement organik shklee ini...

awak yang nak tahu lebih detail tentang setiap vitamin antioksidan ni..boleh hubungi eid ye..

boleh text/whatsapp/wechat
012 9532501...
eid mazni...

nanti kita sharing info lagi untuk next entri..insyaAllah..:)

terima kasih semua...