Google+ Followers

kita kawan..?? :)

Shaklee Updates

Tuesday, 11 November 2014

Misteri jodoh

Assalamualaikum wrt. wbt,

entri ini saya terbaca pada page kat facebook...teringin nak berkongsi dengan semua..;)

Allah s.wt.t ada berpesan dalam surah Yassin ayat ke 36,

" Maha suci Allah telah menciptakan pasangan untuk semua makhluk-makhluknya"

Ya..! Allah telah tetapkan jodoh buat setiap hambaNya..bila mana Allah menyembunyikannya, merahsiakan siapakah pasangan itu, tenanglah wahai hati...Allah sebenarnya mahu mengingatkan kita nahawa Dia Maha Berkuasa untuk membuat apa sahaja terhadap apa sahaja...Allah mahu mengajar kita bahawa ketentuan Allah itu pasti..sebab itu lah dalam Islam kita perlu percaya pada ketentuan Allah...

jodoh adalah sesuatu ditangn Allah..bukan ditangan kita...bagaimanapun, usaha dan doa perlu ditingkatkan sebelum menyerahkan bulat-bulat pada Allah...

ketahuilah bahawa jodoh memerlukan 3 rangkaian hebat:

1) niat yang betul
2) disulami dengan doa
3) diikuti dengan sikap terus berusaha - perlu ilmu juga

Ada orang,niatnya sudah betul, tetapi doanya terlalu sedikit..Ada orang mempunyai niat yang betul, berdoa bersungguh-sungguh,tetapi usaha tiada langsung...

Apa kata kita amalkan doa yang sudah tersedia di dalam al-Quran::

1) surah Yusof ayat 4 - tentang nabi Yusuf bermimpi bulan bintang sujud kepada baginda

2) surah yunus ayat 81 - andai kata jodoh kita agak sukar, asbab ilmu hitam sihir dsb,insyaAlalh berkat doa ini akan mebatalkan sihir tersebut..

3) surah al-Qasas ayat 24 - doa nabi musa agar segala hajat dikabulkan Allah

4) surah al-Anbiya' ayat 89 - nabi zakaria berdoa " Ya Allah jangan engkau biarkan aku ini keseorangan...sesungguhnya Engkau ini adalah sebaik-baik yang mewarisi.."

lebihkan usaha..jauhi mengeluh..mohon doa ibu ayah dan keluarga...

berdoalah agar ditemukan dengan jodoh yang Allah pilih...kata Ustaza Rubiah, kalau kamu pilih jodoh ikut yang kamu suka...belum tentu Allah suka...maka berdoalah::

" Ya Allah...temukan ku dengan jodoh yang Engkau pilih"

jangan lupa 4 tips yang nabi dh bagi kita...bila cari jodoh lihatlah pada::

a) kecantikan
b) keturunan
c) kekayaan (harta)
d) ketaqwaan (agama)

dan yang Nabi tekankan adalah ketaqwaannya..

Pesan Nabi s.a.w:: " Pilihlah pasangan yang baik untuk kamu memproses nutfah (benih kamu) kerana akhlak ibu dan bapa akan diwarisi kepad anak-anak..." - Hadis riwayat Iman At-Tarmizi

Andai anda masih belum menemui jodoh...ingatlah,anda terpilih  bukan tersisih ...Terpilih untuk menjadi hamba yang sabar dan bertaqwa..terpilihbuntuk menjadi hamba yang berdoa dan meminta-meminta kepada Allah..InsyaAllah terpilih untuk menjadi yang lebih menghargai, tak ramai orang menghargai apa yang ditemui dan dimiliki...

Pesan ustazah Norbahyah pula, yang sudah ada jodoh jaga elok-elok..yang belum ada jodoh..banyakkn berdoa dn berusaha untuk dapat jodoh yang baik...

:)

semoga bermanfaat...insyaAllah...doakan saya berkesempatan lagi nak tulis entri berkaitan jodoh ni...sedikit sharing dari diri sendiri tentang 'usaha'...selalu dengar kan orang cakap, usaha lah untuk dapat jodoh...tetapi usaha yang bagaimana? approach terus ke? hii..

next entri..InsyaAllah...

terima kasih semua...;)