Google+ Followers

kita kawan..?? :)

Shaklee Updates

Monday, 8 September 2014

Skincare Shaklee:: Enfuselle Basic Systems

Assalamualaikum :) 

Lately ramai yang tanya saya, shaklee ni hanya ada supplement sahaja ke...? Skincare tade ke...? hee...maaf, lama sangat janji nak update tentang skincare shaklee ni...saya dah update tentang NUTRIWHITE SET SHAKLEE...now saya nak cerita tentang skincare shaklee untuk kulit NORMAL - TO - DRY pulak...

Anyway, saya suka share pengalaman saya menggunakan produk-produk shaklee...sebab bila saya sendiri dah rasa kebaikan produk...keterujaan nak bercerita tentang produk tu lebih tinggi...hii...

Alhamdulillah...dah dekat 3 bulan saya guna ENFUSELLE BASIC SYSTEMS ni...dan setakat ini, saya masih lagi mampu bertahan dengan godaan-godaan produk yang mencerahkan memutihkan mem'pink'kan kulit yang memang banyakkkkk sangat kat pasaran sekarang ni... haaa, if awak nak tahu...entri saya yang lepas yang bercerita tentang tips pemilihan supplement, pun saya apply untuk memilih skincare terbaik untuk kulit... saya tak nak lah nanti teruje sangat dengan kulit cerah putih pinkish tetapi tangan gelap je jugak...nampak sangat guna produk memutihkan kulit....dan diri sendiri sedar kulit tadelah nak cerah sangat...hiksss...

Ok, sebelum bercerita...saya nak tanya awak semua..apa kriteria yang awak semua ambil kira bila nak pilih skincare? Fungsi, harga, testimoni, ramai orang guna...?? atau cara bagaimana satu-satu skincare itu bertindak keatas kulit awak..?? 

Sebelum saya menggunakan enfuselle nih, saya memang akan buat research..tengok fungsi..tengok testimoni...tanya pendapat Ibu Honey(leader shaklee) saya...dan selebihnya memang atas keyakinan sendiri nakkan skincare yang bertindak dengan cara terbaik untuk kulit dan pada masa yang sama tak nampak sangat yang saya pakai skincare.. eh, camne tu...?? 



haa..meh nak explain...hii...skincare enfuselle normal-to-dry ni ada 3 items ye... dan ada add on EYE TREATMENT jugak.. jom tengok fungsi setiap item ni..







Hydrating Cleansing Lotion
Emulsi berkrim ini bertindak menanggalkan kotoran, bahan pencemaran dan mekap tanpa menjejaskan lapisan minyak semulajadi kulit.
- Emolien yang kaya serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit halus, seimbang dan berseri
– Mencerahkan tona kulit
– pH yang seimbang
– Hipoalergenik

REVIEW SAYA:: 
* bila basuh muka..hanya sedikit sahaja yang saya guna...bila cuci, muka rasa bersih...even after lap, kulit rasa lembut dan lembap...
* dia punya tekstur ni terasa macam ada skrub sket..haa, tak yah susah-susah nak scrub bagai...memang dapat rasa kulit muka segar..
* muka saya tak pedih bila guna ni...selalunya, set skincare lain..after cuci muka dah rasa gatal-gatal..tapi ngan enfuselle ni tak...


2) Hydrating Toner
Meneutralkan Tindak Balas Yang Boleh Merosakkan Kulit
Hydrating Toner melegakan dan menyediakan kulit untuk rawatan Enfuselle.
- Terbukti secara klinikal
– Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
– pH yang seimbang
– Rumusan tanpa alkohol yang menyejat dengan cepat tanpa mengeringkan kulit
– Melindungi lapisan minyak semulajadi kulit, menyucikan dan melembutkan dengan ekstrak witch hazel dan kamomil

REVIEW SAYA:: 
* Saya apply toner masa kulit tengah lembap after cuci...lepas apply tuh, masa mula-mula guna kulit rasa pedih sedikit...tapi, tak semua kawasan muka lah..dalam seminggu, pedih beransur hilang...dan ape yang saya perasan, ada few tempat kulit saya mengelupas halus...bukan keseluruhan jugak...ada sedikit kat pipi, tepi hidung, bawah dagu...
* that is sel kulit mati...best sangat...sebab after cuci, apply toner...pedih-pedih rasa tu rupanya sebab nak tanggalkan kulit mati..bukan nak hakis kulit dan cerahkan macam produk kat luar tu...
* lepas seminggu tuh...dah tak pedih langsung dah...rasa best sebab after apply toner tu kan...kulit rasa segar...hiii



3) Hydrating Moisturizer
Melembapkan Kulit Sehingga 24 Jam
Krim tanpa minyak dan tidak melekit yang kaya dengan agen pelembap bagi menyerlahkan kehalusan dan keanjalan kulit dengan serta-merta.
Terbukti secara klinikal:
- 102% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
– 195% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
– 21% pengurangan kedutan dalam masa 28 hari
– Kesan yang ketara dapat dilihat dengan serta-merta, dan ia berterusan sehingga 24 jam
– Garis-garis halus berkurangan dengan ketara
– Hipoalergenik


REVIEW SAYA:: 
* pelembap ni, after beli..malam tu terus saya apply before sleep...pagi esok bangun after cuci muka, muka masih lembap...kalau x, kulit saya sebelum ni kering sangat...boleh nampak la kering mengelupas sel kulit mati tu...
* pelembap ni jugakla yang kurangkan rasa pedih bila sel kulit mati tuh nak tertanggal...tade kesan merah-merah menghakis pun...
* sedar-sedar memang dah hilang sel kulit mati tu...:)
* dan kazen saya cakap, kulit dah nampak lembap skang..bukan brminyak ye..nampak lembap dan tak kusam kering cam dulu...

Eye treatment
Garis-Garis Halus dan Kedutan Tidak Lagi Ketara
Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus
Terbukti secara klinikal
 
  • 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
  • 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
  • 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
  • 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu
  • Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
  • Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
  • Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
  • Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap  

    ** yang ni saya belum guna..InsyaAllah, akan guna nanti sebab dalam waiting lists...hihi...tak dapat nak bagi review dari hati...



    ok dah...insyaAllah nanti saya akan share testimoni bergambar pula ye...oh, lupa nak bagitahu..skincare shaklee ni dermatological tested ye...maksudnya melalui ujian makmal...so, setiap satu produk tu diuji secara klinikal dulu ye....


    Awak yang teringin nak mencuba set enfuselle shaklee ni,boleh directly contact saya ye..:) 
    Nur Maidah 
    Shaklee ID:: 914371 
    Text/whatsapp/wechat:: 012 9532501 
    Facebook:: Nur Maidah 
    Facebook Page:: Hannamaira Collection
    Emel: eid.nurmaidah@gmail.com
    jom sama-sama jadi sebahagian dari shaklee effect...
    ~ beauty jourey with shaklee ~