Google+ Followers

kita kawan..?? :)

Shaklee Updates

Monday, 24 March 2014

SET KECANTIKAN SHAKLEE

Assalamualaikum..

Last week dah dapat buku panduan nutrisi shaklee...buku nutrisi ni merupakan buku panduan yang disediakan khas untuk Shaklee Independent Distributor dimana setiap kandungan supplements shaklee dan kebaikannya ada diceritakan dalam buku ni..memang sangat-sangat berguna untuk guide customer... :)

jadi, malam ni saya nak share supplement yang disyorkan oleh shaklee untuk kecantikan kulit..:)
Basically, terdapat banyak supplement untuk kecantikan kulit..namun yang paling basic ada 5 iaitu::

a) VIVIX
b) Collagen Powder
c) coQ Health
d) ESP
e) Vitamin C dan Vitamin E

1) VIVIX - MELAMBATKAN PROSES PENUAAN

saya pernah berkongsi tentang kelebihan vivix shaklee dan kandungannya pada entri ini...dan hari ini saya nak berkongsi lagi sebab vivix ni sangat-sangat bagus untuk kekal sihat dan awet muda. 



Anda semua mungkin pernah terbaca atau terdengar istilah penuaan pada tahap sellular. Dan sebagai info tambahan, disini saya senaraikan 4 mekanisme penuaan tahap sellular:: 

1) kerosakan DNA
  • setiap hari, setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. serangan-serangan ini merosakkan pengkalan data genetik, menghasilkan satu "typo"(kesilapan dari yang asal) yang akan mengganggu fungi sel dan panjang umur. 
2) pengawalan Genetik 
  • pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan umur) pada tahp sellular.  
3) Penegeluaran tenaga yang kian menurun oleh sel-sel 
  • Mitochondria (penjana tenaga) didalam sel menghasilkan tenagayang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria mula menurun, fungsi sel turut menuun. 
4) Penimbunan Protin AGE
  • penimbunan berlebihan protein AGE (Advanced Glycation End Products) boleh menyebabkan kerosakan tahap sellular yang akan menggangu keutuhan sel dan panjang umur. 


maka, berdasarkan 4 keadaan mekanisme penuaan pada tahap sellular diatas, dalam satu kajian klinikal terkini, ramuan aktif VIVIX berupaya mengaktifkan pengawalan utama genetik yang menolong melambatkan penuaan pada tahap sellular dimana ia berfungsi untuk:: 
  • melindungi dan membaiki sellular DNA
  • memberi impak positif kepada pengawalan genetik
  • menggalakkan biogenesis (pembentukan baru mitochondria)
  • melambatkan pembentukan protin AGE (Advanced Glycation End products) 
 selain itu, vivix juga berupaya untuk menolong membantu menjaga/memelihara: 
  • kesihatan jantung 
  • kesihatan otak
  • kesihatan sistem imun
  • kesihatan sendi
  • perlindungan antioksidan
  • peningkatan tenaga pada tahap sellular, kesihatan dan kesejahteraan. 

2) COLLAGEN POWDER - TAMPAK MUDA DAN RASA MUDA

Ramai yang kurang tahu atau mungkin juga tidak ambil kisah dengan kelebihan dan manfaat kolagen untuk tubuh badan kita. Badan kita akan mula kehilangan kolagen seawal usia 25 tahun dan proses itu semakin berkurang seiring usia. Kekurangan collagen akan menyebabkan kewujudan lebih banyak kedutan dan garis halus dan keadaan kulit yang semakin kendur. Selain itu, faktor luaran seperti matahari, radikal bebas diudara, air dan nutrisi juga menyebabkan kolagen dalam badan kita semakin berkurang. 

Shaklee collagen powder yang mengandungi 4000mg kolagen RSS (sisik ikan merah) akan membantu kulit mengekalkan elastisiti dan memperlahankan kehadiran kedut-kedut.Selain itu, collagen juga bermanfaat untuk:: 

Tampak Lebih muda
  • membantu menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula
  • kuku akan menjadi lebih kuat, bintik putih akan hilang dan pangkal kuku akan mengekalkan warna yang sihat
  • kulit akan kurang kering dan elastisiti bertambah baik Kulit juga akan sembuh dengan cepat dan ini akan membantu mengurangkan parut. 
  • membantu menghilangkan tanda penuaan.
istimewanya collagen shaklee:: 

saiz molekulnya 1000 dalton menyebabkan ia mudah diserap oleh badan dan meningkatkan sintesis kolagen pada dermis dengan berkesan.Collagen biasa bersaiz 3000 dalton. 



3) CoQHEALTH - MEMBAIKI PEREDARAN DARAH DAN PERLINDUNGAN MATAHARI 

CoQHealth merupakan campuran semulajadi proprietari 100mg CoQ10 dan reservatol. Jantung kita berfungsi untuk mengepam hampir 2000 gelen darah eseluruh bahagian tubuh setiap hari. dan sebagai organ yang bekerja keras, jantung kita memerlukan jumlah tenaga yang besar untuk berfungsi dengan cekap. Tenaga ini diperolehi dengan fungsi nutrien yang dipanggi koenzim Q10(CoQ10). 

Khasiat CoQ10
  • paling bagus untuk memperbaiki peredaran darah
  • meningkatkan penghasialn tenaga didalam organ jantung
  • tinggi antioksidan
~ CoQ10 paling tinggi pada usia 20 tahun dan akan menurun pada 20 tahun berikutnya. Sebab itu badan kita paling bertenaga pada umur 20 tahun. 
~ peredaran darah yang sihat - ini akan menghasilkan kulit yag cantik kerana nutrien dan oksigen dibawa dengan semprna ke seluruh sel kuit 
 
Kesan pengambilan CoQ10
- kulit cerah, gebu dan sekata
- kulit tegang dan awet muda
- kulit kurang pigmentation dan sihat



4) VITAMIN E DAN VITAMIN C - ANTI PENUAAN DAN SUSTAINED RELEASED 




Sustained released atau " sains pembebasan berterusan secara semulajadi" telah direka oleh shaklee. ini bermaksud, setiap tablet vitamin C yang mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut kedalam tubuh kita setiap jam. 

Ujian klinikal telah membuktikan vitamin C didalam 2 tablet Vitamin Shaklee (dalam jurang masa 5 jam) mampu kekal didalam plasma darah kita selama 24 jam. Setiap tablet yang megandungi 120 mg bioflavonoid (25% bioflavonoid diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai vitamin C complex. Dengan ini, ia mampu meniingkatkan keberkesanan Vitamin C didalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas. 

Manfaat Utama: 
  • membantu pengahsilan kolagen
  • memperbaiki simptom pendarahan
  • peningkatan sistem imun 
  • memerangi kanser
  • mencantikkan kulit 
  • memperbaiki insomnia
  • mengekalkan kolesterol sihat 




 Vitamin E Complex shaklee dihasilkan daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E. 

Ia mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh badan kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ia adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan antioksidan dan melindungi retina. 

Manfaat Utama:: 
  • melindungi jantung 
  • mempertingkatkan kemampuan reproduktif
  • anti penuaan 
  • anti oksidan yang kuat 
  • kelestarian tenaga 
  • memperbaiki athritis 
  • menghalang keguguran 
  • memperbaiki sel kulit dan memudarkan/menghilangkan parut 
5) ESP - MEMPERBAIKI SEL KULIT 

 

  • NON-GMO - tidak diubah secara genetik (Non Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. 
  • satu-satunya produk dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino yang penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia
  • kandungan indeks glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39 menjadikan ia sangat sesuai untuk pengidap kencing manis. 
  • Protein merupakan nutrien asas untuk pembentukan sel-sel kulit. Jadi, protein yang cukup akan menghasilkan kulit yang lebih sihat dan gebu
 Manfaat utama:: 
  • Awet muda - penghasilan kolagen 
  • baik untuk hormon 
  • baik untuk prostat
  • kulit remaja
  • pembekal tenaga 
  • membaiki pigmentasi
  • membaiki memori 
 
Semoga dengan panduan dan penerangan yang saya berikan disini mampu merubah dan meyakinkan anda semua akan kepentingan supplement ini untuk kesihatan dan kecantikan kulit kita. 


Untuk order atau sebarang pertanyaan, guide tentang produk, harga dan order, anda boleh terus email saya di eid.nurmaidah@gmail.com atau text/whatsapp saya di 012-9532501


Stay healthy and young beautiful people. 

Assalamualaikum. :)