Google+ Followers

kita kawan..?? :)

Shaklee Updates

Thursday, 5 December 2013

CONTEST HIJRAHKU by SIS MAERA ISMAIL

Assalamualaikum semua..:) 

semoga hari ini penuh dengan kegembiraan dan rahmat dari Allah untuk kita semua...insyaAllah...:)

sedar tak sedar, kita ni sebenarnya semakin menghampiri tahun baru dah...dan biasanya orang kaitkan tahun baru dengan azam baru...nak berhijrah kearah yang lebih baik...kan...? so, untuk anda semua, yang dah berhijrah, yang baru nak mula berhijrah, yang masih lagi dalam usaha untuk istiqamah berhijrah, walaupun hanya bermula dengan sekecil-kecil langkah...semoga Allah tetapkan hati-hati kita ini pada jalan DIA...insyaAllah...

bercakap tentang hijrah ini...saya nak war-warkan kepada awak semua, saya merupakan salah seorang sponsor untuk contest HIJRAHKU by Maera Ismail...hadiah yang saya sponsor adalah PAISLEY SQUARE SCARF brand AKEL, bidang 55...:) nak tengok contoh hadiah, boleh tengok pada link ini...:)

contest ini sepenuhnya berkisar tentang penghijrahan kita...apa saja bentuk penghijrahan yang kita lakukan, walaupun sekecil-kecil perkara seperti nak istiqamah solat berjemaah mungkin, atau nak pakai tudung menutup dada, tak nak melawan cakap ibu bapa atau apa sahaja bentuk penghijrahan yang membolehkan pembaca terdorong untuk melakukan penghijrahan juga...maka, saya sangat mengalu-alukan kalian untuk join contest ini...hadiah tak penting sebenarnya...yang penting, cerita kita itu mampu memberi inspirasi kepada orang lain juga...:) 

kepada anda yang nak join...boleh jenguk LINK ini dan baca syarat-syarat contest yer...:) 




semoga cerita kita nanti memberi inspirasi kepada orang lain juga..insyaAllah...:) 

p/s:: InsyaAllah, permulaan tahun baru nanti, saya akan adakan GIVEAWAY/CONTEST untuk produk shaklee...doakan...:) 

lots of love, 
eid mazni