Google+ Followers

kita kawan..?? :)

Shaklee Updates

Thursday, 28 November 2013

SHAKLEE:: HERB LAX DETOX TERBAIK

Assalamualaikum semua...hi...:) 

yeay...dah ada header baru...sama macam cover photo tuk page hannamaira collection...baru nak berjinak dengan edit picture ni...so, layan jelah dulu header blog yang ada tulisan tu yer..yang penting, SHAKLEE...eheee....:) 

orait, so harini..gembira sngat..sebab bulan ni dah nak sampai kehujung..so, minggu closing...dan, yang bestnya, tengah seronok nak closing ni, produk shaklee yang mostly OUT OF STOCK untuk tempoh yang lama da restock balik...dan, bila dah announce kat fb tu, ramai la pulak yang nak order....Alhamdulillah....

antara produk yang PALING BEST, HOT ITEM...ialah HERB LAX....


haa...ini dia herb lax...


apa herb lax ni sebenarnya...? sehinggakan ada yang order sampai 4 botol ni..? jum kita tengok info kat bawah ni yer...:)

Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi:

Fungsi-fungsi  herba semulajadi yang terdapat dalam Herb-Lax:
# Senna Leaves – Merangsang tindakan pembersihan yg lembut pd usus dan perut, percepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.
# Buckhorn bark – Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus.
# Licorice Root – Membantu proses detoksifikasi.
# Fennel seeds – Mengeluarkan toksin yangterkumpul akibat lebihan makanan danpengambilan alcohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalahsembelit dan kembung perut atau usus.
# Anise seeds – Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membanti proses pencernaan.
# Rhubarb root – Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakansebagai antibiotic.
# Blue Malva Flower – Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit.
# Culver’s root - Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma.
# Alfalfa leaves – Membersihkan usus, darah dan hati.

Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.
Ia tergolong dalam kategori julab yang lembut dan sesuai untuk kegunaan sekali sekala bagi meyingkirkan toksin dari usus.
Ia juga membantu usus kita lebih aktif untuk gerakan peristalsis.Peristalsis adalah pergerakan kembang kuncup otot secara beritma untuk menolak makanan sepanjang salur pencernaan. Gerakan peristalsis yang baik membantu proses perkumuhan kita berjalan dengan lebih lancar.
Kebaikan Herb Lax :-
~ Pembersihan najis yang tersekat.
~ Meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
~ Membantu masalah sembelit.
~ Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi.
~ Mengempiskan perut.
~ Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. sesuai di ambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas, sebagai minuman teh herba.


Siapakah Yang Perlu Amalkan Herb Lax…???

~ Pengamal tegar ubat tahan sakit.
~ Mereka yang ada masalah pembuangan, perkumuhan kurang lancar dan sembelit.
~ Mereka yang mengalami banyak jerawat.
~ Pesakit gout.
~ Mereka yang ingin membersihkan usus terutama sekali mereka yang baru berjinak2 dengan suplemen.
best kan herb lax ni...? dan untuk anda semua yang baru nak berjinak-jinak dengan pengambilan supplement shaklee terutamanya, saya amat menggalakkan anda semua untuk consume herb lax ni terlebih dahulu untuk proses detox... 
proses detox amat penting yer untuk memudahkan penyerapan supplement kerana bila kita nyah toksin dari badan kita, badan akan mudah bertindak balas dengan supplement dan anda akan dapat kesan yang terbaik hasil dari pengambilan supplement. 
Herb Lax ni ada 120 kapsul dan tahan untuk berbulan-bulan lamanya kerana pengambilan ia hanya untuk seminggu sekali...:) harga...? tak mahal pun, dan sangat berbaloi untuk 120 biji tu...:)
seperti biasa, anda yang inginkan SUPPLEMENT SHAKLEE dengan guide dan jadual yang betul, boleh email saya laju-laju yer...dan yang penting sekali, guide yang berterusan dari saya serta tips-tips yang saya akan kongsi pada group pengguna shaklee saya... (guide yang berterusan amat penting yer, sebab saya betul-betul nak tolong anda yang ingin dapatkan kulit cantik dan sihat berpuas hati dengan supplement SHAKLEE yang saya jual)...
dan saya HANYA akan guide customer saya sahaja yer..saya minta maaf yer untuk anda yang emel saya minta guide sedangkan anda bukan customer saya...saya tak dapat tolong...:) 
apa kelebihan membeli shaklee dengan saya...? 
> FREE consultation 
> saya akan GUIDE anda cara pengambilan supplement dengan betul
> saya akan bantu anda sehingga anda dapat KULIT YANG SIHAT DAN CANTIK...

dan..banyak lagi...:) 

email:: eid.nurmaidah@gmail.com
contact no:: 013-7768297/whatsapp 012-9532501
jangan lupa email yer....? jom kita sama-sama sihat dan cantik dengan shaklee...
 

ingin jana pendapatan dengan shaklee...?
sesiapa yang berminat nak jadi ahli dan join group DAZZLING DIAMOND by CPM HONEY NURHALIZA...boleh emel saya juga yer...daftar ahli hanya RM75 seumur hidup dan anda akan mendapat bonus bulanan...insyaAllah...bole emel saya 'shaklee membership' dan saya akan register dan guide anda untuk bisnes bersama-sama ibu honey...insyaAllah...:)
lots of love, 
eid mazni  :)  




 

Friday, 15 November 2013

ujian:: belajar menyenangi keputusan Allah

Assalamualaikum semua.....Hi...:)

harini dan semalam, post kat wall facebook penuh dengan result UPSR dan ucapan tahniah dari kakak2, abang2 kepada adik-adik masing-masing kan..? hee...dan kami-kami yang dah keluar dari arena persekolahan ni hanya mampu tumpang gembira je dengan keputusan adik-adik...

Mohon jangan terlupakan...pada setiap detik kegembiraan yang kita raikan untuk adik-adik kita yang dapat result cemerlang tu, ada juga yang result biasa-biasa saja...mohon jangan terlupakan dorang, sementelah masa depan tidak mampu kita duga....kita tidak tahu, mungkin yang biasa-biasa inilah yang akan menjadi pemimpin negara dan terbaik dalam agamanya...

Anyway, saya pun ada sepupu yang ambil UPSR dan dapat result semalam..2 orang lagi...dan result mereka biasa-biasa sahaja...namun, tidak lupa saya ucapkan TAHNIAH untuk mereka...mereka juga berjaya...walaupun pada kertas tidak tercatat 'A' untuk kejayaan-kejayaan mereka ini...but then, mereka layak untuk terima penghargaan dari kita...

saya terpanggil untuk share post dari facebook ustazah Norhafizah dengan kalian semua....

Salam sahabat Fb semua,
Hari ini result UPSR diumumkan. Setinggi-tinggi tahniah dari ustazah untuk anak-anak dan para ibu bapa mereka yg telah berjaya cemerlang dan doa dipanjatkan kepada Allah agar anak-anak yang kurang cemerlang dan kurang berjaya terus mekar harapan dan usaha untuk menimba ilmu. Anak ustazah tidak terkecuali...pukul 11 pagi tadi, dengan ditemani abinya..ustazah lihat pemergiannya untuk mengambil keputusan upsr dengan wajah yang sangat ceria. " Ummi...takutnya...", tapi bibirnya mengukir senyum. Ustazah menanti kepulangannya dalam debaran...selepas hampir satu jam masa berlalu, anakanda ustazah pulang dengan deraian airmata. Ustazah rasa seperti dapat mengungkap apa yang berlaku. Perlahan abinya kata, " 3A 2B". Luncur ustazah menyambutnya dengan Alhamdulillah 'ala kullihal wa fi kulli hal. Anakanda ustazah terus menangis..dia mengharapkan result yang cemerlang seperti kakaknya supaya dapat bersekolah di sekolah yang sama. Ustazah biarkan dia menangis puas-puas...biarlah dia berseorangan dalam kamarnya, pasti saat dia menangis bermacam-macam yang terfikir di kotak ingatannya. Biarkan dia dewasa sebentar dengan kenyataan hidup. Kebetulan hari ini ustazah agak sibuk, ustazah teringat anakanda yang sulung akan pulang bercuti ke rumah malam ini. Ustazah hubungi si kakak, " kak long tolong belikan kad ucapan tahniah ya, sbb umi nak bagi kat adik". Jawab si kakak.," bukan 5A kan ummi..naper nak berkad2". Respon ustazah " kak long, walupun adik tak dapat 5A...tapi dia wajar menerima ucapan tahniah dari ummi..ummi nak menyanjung segala usahanya dalam menuntut ilmu sejak dari tadika kak long..8 tahun dia menuntut ilmu, berpagi2an bangun untuk ke sekolah. Pagi akademik, petang kelas agama..malam mengaji, macam2 pahit manis yang adik harungi sesuai usianya dalam kehidupan seorang pelajar..andai ummi tak menyanjungnya..adakah lagi orang yang lebih hampir dengannya melihat ketabahannya menuntut ilmu. Belikan kad yang cantiiiik sangat untuk adik ya kak long, umi nak tulis begini atas kad tersebut...

" anakanda ummi...setulusnya ummi mengucapkan tahniah atas istiqamahnya anakanda ummi menuntut ilmu dari kecil. Jangan menangis lagi...belajar menyenangi keputusan Allah. Senyumlah sayang...melihat masa depanmu. ADA AL-QURAN MENANTIMU..MENGUBAT KESEDIHANMU..MEMEKAR KEMBALI HARAPANMU..MASA DEPANMU BERSAMA AL-QURAN JAUH LEBIH INDAH DAN GEMILANG..ALLAH TELAH ATUR TAQDIR YANG SEMPURNA BUAT ANAKANDA UMMI. Dengan keputusan tersebut, anakanda ummi mungkin tidak memenuhi syarat untuk belajar di samping kak long...namun Subhanallah..ada yang lebih indah dari itu...barangkali dengan result tersebut, anakanda ummi akan menerima cadangan umi dan abi untuk memasuki sekolah tahfiz sepenuh masa..dan ummi berharap anakanda ummi yang menangis teresak-esak di birai katil sepanjang hari ini..akan Allah berikan kesempurnaan kebahagian saat anakanda umi menepati syarat untuk memakaikan ummi dan abi mahkota di akhirat kelak..Anakanda ummi al-hafizoh...bangunlah sayang..sujud syukur kepada Allah, ini permulaan sebuah taqdir kehidupan yang diatur Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Bijaksana."

Sahabat semua...doa ustazah untuk anak-anak kalian....dan ustazah berhara
pppp sangat..doa kalian untuk kesemua cahayamata ustazah. Semoga kita jadi ibu ayah yang tabah dan setia di sisi anak2..berdiri di samping mereka saat mereka berjaya atau sebaliknya..kita sudah melalui asam garam kehidupan. Tenanglah memperbaiki anak-anak kita. Rahmat Allah Maha luas...dengan rahmatNya kita semua melangkah di dunia hingga ke syurga..aameen.

syukran kathiran pada kalian semua para guru.

wassalam.
menangis saya bila membaca post ni...dan saya tujukan post ini untuk semua ibu-ibu diluar sana..yang mana bila anak-anak ibu semua hanya dapat result biasa-biasa sahaja, dan kita semua bersedih, marah atau geram mungkin dengan anak-anak kita...bersabarlah..ini ujian Allah s.w.t pada kita...Allah s.w.t melihat pada usaha, bukan pada natijah/result...betul cakap ustazah, bila anak-anak/adik-adik kita ni begitu bersungguh melawan rasa mengantuknya, bawak beg berat-berat pergi sekolah, balik rumah buat kerja sekolah, dengan waktu untuk rehat yang tidak cukup, maka tidak adil untuk kita marah/geram dengan resultnya yang biasa-biasa sahaja...result yang dia dapat dengan menjawab kertas peperiksaan untuk 3-4 hari tu, kita marah dan geram, sedangkan usahanya selama bertahun-tahun seawal menjejakkan kaki ke sekolah tu kita langsung letak ketepi...
banyakkan berdoa...semoga kita semua yang teruji ini ditabahkan hati...dan semoga dengan ujian sekecil ini, makn mendekatkan kita pada Ilahi...
"Allah tiupkan kekuatan melalui ujian-ujian yang datang. Allah tangguhkan sesuatu untuk didik SABAR. Allah ambil sesuatu untuk didik REDHA. Sampai masa,Allah akan bagi sesuatu sebagai GANJARAN. Saat itu,kau akan begitu bersyukur dengan apa yang Allah aturkan ini.Tenanglah."

Bisik sama hati,
"Tuhan aku tahu aturanMu tidak sia-sia"
 
 
dan..semoga tidak lupa..
" Ujian kesusahan yang mendekatkan diri kita pada DIA adalah lebih baik berbanding ujian kesenangan yang membuatkan kita lupa pada Tuhan... "
p/s:: peluk dan cium anak-anak/adik-adik kita selalu...tunjukkan rasa sayang dan penghargaan pada mereka..semoga soleh-solehah semuanya...ameen...
 
lots of love, 
eid mazni   

Sunday, 10 November 2013

shaklee:: set skincare NUTRIWHITE

Assalamualaikum...hi semua....:)

Ramai juga yang bertanya shaklee ni hanya ada supplements je ke...? shaklee tiada produk untuk penjagaan kulit luaran ke....? jawapannya ADA...banyak lagi product shaklee yang saya belum share kat sini...so, harini saya akan share product skincare shaklee yang setanding dengan maryKay, SKII dan produk-produk skincare berjenama yang lain tuh...haaa, yang setanding dengan maryKay tu, leader saya sendiri yang buat pengakuan tau...dia pengguna tegar marykay dan lepas tu dia cuba guna skincare nutriwhite shaklee ni, dan sama kesan macam mary kay...best kannn...? dan yang penting, skincare nutriwhite ni boleh tahan lama dan bersumberkan bahan-baha yang organik...

ok, sebelum tu jum kita tengok, apa sebenarnya skincare nutriwhite shaklee ni...?

Set Nutriwhite shaklee adalah rangkaian kecantikan kulit wajah yang berasaskan konsep kecantikan sempurna gabungan alam semulajadi dan sains. Set ini khas untuk menyelesaikan masalah jeragat, pigmentasi, tompok hitam dan faktor-faktor lain yang menjadikan kulit wajah kelihatan kusam. 

fullset skincare NutriWhite shaklee...tengok gambar ni pun dah menarik da..bersih suci je kan...? hehe..


Info tentang Nutriwhite Shaklee
  • Dibangunkan oleh saintis dan pakar-pakar penjagaan kulit di Jepun dan Amerika
  • 3 tahun pembangunan produk
  • Pemilihan bahan aktif dan mentah yang diperolehi dari 16 buah negara
  • Ujian yang menyeluruh
  • Ramuan gabungan yang optimum
  • Selamat dan berkesan
  • Vitamin C derivatif (ascorbyl / glucoside) ramuan selamat dan terbukti 
  • Patent-pending WhiteN-16 adalah campuran daripada 16 nutrien botani yang kuat yang membantu mengurangkan penampilan melanin yang sedia ada untuk mewujudkan lebih putih, kulit lebih cerah dan bercahaya
Bahan-bahan yang terdapat dalam NutriWhite Shaklee:

Gabungan 16 ramuan botani yang mujarab:
  • Bearberry - meringankan, melegakan dan mengurangkan keradangan
  • Soybean - mencerahkan, melembutkan, melembap dan mengurangkan tompok
  • Skullcap - meringankan, mengurangkan keradangan dengan flavonoid
  • Beech Tree - meringankan, meningkatkan proses semulajadi dan melegakan kulit
  • Strawberry Begonia -mencerahkan dan pigmentasi
  • Mullberry - mencegah kerosakan kulit dan melembap
  • Peony - mencerahkan, melembapkan dan mengurangkan keradangan
  • Rosemary - mengetatkan, merangsangkan dan mengurangkan keradangan
  • Aloe Vera - melegakan, melembapkan dan keradangan
  • Mountain Arnica - mengurangkan keradangan dengan flavones
  • Cat's Claw - menegangkan dan menyegarkan dengan cotechin
  • Kudzu Leaf & Roots - menegang dan mengurangkan keradangan
  • Linden - menyuburkan dan menghidrat di peringkat dalam
  • Marshmallow - melembapkan dengan tanin
  • Seaweed - mengeluarkan, memelihara dan menegangkan
  • Green Algae - menyahtoksin dan melembapkan
Set penjagaan wajah NutriWhite Shaklee mengandungi:
1. Gentle Deep Foam Cleansing
2. Soothing Radiance Whitening Softener 
3. Daily Defense Whitening Essence
4. Ultimate Protection Whitening Lotion
5. Overnight Renewal Whitening Cream
6. Gentle Action Makeup Remover
7. Spot Whitening Treatment

untuk basic set, saya suggest dahulukan Gentle Deep Foam Cleansing + Soothing Radiance Whitening Softener..ini basic skincare yang kita biasa guna kan bila nak cuba any new product...bila ada extra bajet, boleh cuba Overnight Renewal Whitening Cream yang akan bantu baiki kulit kita pada waktu malam masa kita tidur... lepas tu dah bole cukupkan satu set..

bila kesan dah setanding dengan produk-produk yang berkualiti tinggi tu, mesti awak semua terbayang harga yang mahal kan...? masa mula-mula beli memang sakit sikitlah nak keluar duit, but then bila da dapat kesan dia, insyaAllah nanti awak semua akan berpuas hati dan tak nak tukar skincare dah...

oh yer, penting untuk saya highlightkan disini yer...bila kita guna skincare yang organik ni dan dermatology tested, kulit kita akan sihat dan cantik secara semulajadi...bukan dengan menipis dan merah-merah macam sesetengah skincare produk yang lain...kalau merah mengelupas tu, biasanya produk tu ada hidrokinon...ni pengalaman sendiri yer...bila panas je, muka hangus terbakar, merah dan kulit nampak nipis... so, produk organik ni akan sihatkan kulit kita, baiki dari dalam dan warna kulit pun tidak akan ketara perbezaanya dengan warna tangan kita sebab skincare ni bukan jenis yang menghakis..Ia membaiki dari dalam...haa, dua kali cakap membaiki dari dalam tu...:) 

so, mestilah kita nak kulit yang sihat dan flawless kan??walaupun kita ni berkulit hitam manis janji nampak gebu dan sihat...itu yang penting tuuuuu...:) 




 
 ini testimoni pengguna supplement vit c dan vit e...:) 
*credit photo:: google*

 letak gambar leader saya jugak...ibu honey...sy nak kulit sihat dan flawless macam dia jugak...:) 
*ampunnn ibu...dah curik gambar masuk pokett...eh...? hee...*



 haa...ini gambar datin Norjuma...kulit dia cantik, sihat dan tak menipis pun...dia menjaga kecantikan kulit dengan menggunakan bahan-bahan yang organik (buat sendiri rasanya) dan pada masa yang sama mengamalkan supplement B complex.. 

 
apa kelebihan membeli shaklee dengan saya...? 

> FREE consultation 

> saya akan GUIDE anda cara pengambilan supplement dengan betul

> saya akan bantu anda sehingga anda dapat KULIT YANG SIHAT DAN CANTIK...



dan..banyak lagi...:) 

email:: eid.nurmaidah@gmail.com
contact no:: 013-7768297

jangan lupa email yer....? jom kita sama-sama sihat dan cantik dengan shaklee...sesiapa yang berminat nak jadi ahli dan join group DAZZLING DIAMOND by CPM HONEY NURHALIZA...boleh emel saya juga yer...daftar ahli hanya RM75 seumur hidup dan anda akan mendapat bonus bulanan...insyaAllah...bole emel saya 'shaklee membership' dan saya akan register dan guide anda untuk bisnes bersama-sama ibu honey...insyaAllah...:)

InsyaAllah saya akan berkongsi dengan anda semua kelebihan menjadi ahli shaklee ni dalam entri seterusnya...:) sesiapa yang berminat, boleh emel terus ye....

p/s:: syukur...senyum...sedeqah...(3S)..tips murah rezeki...insyaAllah...

lots of love, 
eid mazni

Saturday, 9 November 2013

random:: cerita konvokesyen

Assalamualaikum semua...:) 

anyway, malam ni agak keletihan sebenarnya...letih yang semalam belum hilang lagi...harini pun letih jugak..tapi, mata ni langsung tak nak lelap lah pulak...ingat nak update pasal shaklee lagi sebab banyak lagi produk-produk shaklee yang best yang belum share dengan awak semua...memandangkan badan keletihan dan sah-sah otak pun tak dapat nak fikir benda-benda serius...so, kita postpone dulu lah sharing pasal produk shaklee tu...heee...:)

semalam penat sebab keluar jenjalan dari pagi pergi cari kasut nak konvo..gi times square, pastu jamek, pastu sogo, then bersambung pulak lepak ngan membe pegi dinner...maw balik rumah tak lembik...? harini pulak penat sebab ambik robe + buat convoshoot (convocation photo shoot)..itu pun sekejap jelah convoshoot nyer...yang menjadi pengaruh kepada keletihan adalah berjumpa dan berborak dengan membe sampai lebam...yelah, bila lama tak jumpa, haruslah diluah segala kerinduan tu dengan pelbagai gaya..menjerit, berpeluk, cium-cium pipi, salam-salam tanya khabar ape semua...biasalah, perempuan...hee...

harini, bila jumpa membe-membe semua, saya dah bole expect dah ape yang dorang akan tanya...2 soalan wajib...
1) dah keje...? 
2) bila nak kahwin...? 

maka, diri sendiri senyum aje lah...sambil bagi jawapan skema yang dikeluarkan lembaga pengarah..
1) dah...keje jadi housewife...*sengih*
2) anak dah 3...lupa ekkk....? *sengih kuasa dua*

namun dalam hati jawab dengan doa...insyaAllah tak lama dah...ada rezeki nanti...kann...?? *mohon doakan saya*...:) 

dalam kepala ni banyak sebenarnya nak buat ni...dan saya juga pada masa yang sama tengah kuatkan hati pujuk diri sendiri supaya tak bertangguh kerja...ye, walaupun saya sekarang ni tak bekerja, tiada apa pun yang nak dikejarkan sangat, tapi...diri sendiri tengah berusaha untuk istiqamah bahagi masa sebaik mungkin...yelah, nak buat bisnes kan kenalah selalu maintain momentum diri sendiri...semangat perlu ada dan bertambah setiap masa...nanti bila dah dapat keje nanti tak nak lah bisnes ni berhenti separuh jalan..sebab saya memang nak sangat teruskan bisnes shaklee ni...semoga Allah permudahkan dan beri saya kekuatan...insyaAllah...

haaa...satu lagi..bercakap pasal bisnes ni, siapa yang kat sini minat paisley...tak kisahla urung paisley ke, cotton paisley ke, ape-ape sahaja yang bercorak paisley....insyaAllah saya dan membe akan buat bisnes tudung dalam waktu yang terdekat ni...dan untuk batch yang pertama ni kami akan jual paisley square scarf..bidang 55...detail (price, colors, material ape) paisley square scarf ni saya akan update dalam belog ni nanti, insyaAllah..

 *teaser*


dan seperti biasa...sesiapa yang nak order shaklee boleh directly email saya yer...PROMOSI HARGA KASIH SAYANG NOVEMBER masih ada yer...so, emel saya laju-laju untuk set idaman anda dan dapatkan dengan harga kasih sayang gituuu...:) 

apa kelebihan membeli shaklee dengan saya...? 
> FREE consultation 
> saya akan GUIDE anda cara pengambilan supplement dengan betul
> saya akan bantu anda sehingga anda dapat KULIT YANG SIHAT DAN CANTIK...
> HARGA YANG EKSKLUSIF untuk pembelian seterusnya...

dan..banyak lagi...:) 

email:: eid.nurmaidah@gmail.com
contact no:: 013-7768297


jangan lupa emel yer...:) 

p/s:: sebelum tidur jangan lupa maafkan semua segala kesalahan orang pada kita...dan doakan kebaikan semua orang yer...insyaAllah esok bangun dengan senang hati...doa tidur jangan lupa...:) 

lots of love,
eid mazni


Thursday, 7 November 2013

shaklee:: migrain..jangan pandang remeh

Assalamualaikum semua....:) 

semangat saya update blog pagi-pagi nih..Alhamdulillah...insyaAllah 18/11 ni ada majlis konvokesyen..grad juga saya akhirnya...betulla, perjalanan hidup kita berbeza kan...? hee...ok sebelum banyak merapu, saya nak cerita sikit pasal penyakit migrain ni...



anyway dulu, saya ada migrain yang teruk...teruk sangat...member cakap sebab mata rabun..so pergi opto, cek dan saya ada power silau...tak banyak mana pun, sikit je...tapi pada masa tu, panas sket je pun dah boleh buat kepala ni berdenyut sebelah...bila tidur, then tetiba terdengar bunyi orang tutup pintu balik kuat pun dah terkejut...lepas tu merana seharian sakit kepala...stress...kepala berdenyut-denyut...muka ketat tak bole senyum dah ni..sakit kepala sangat-sangat...pernah juga, masa buat program dengan adik-adik, saya kena migrain...ya Allah, masa tu rasa nak hantuk kepala kat dinding tahu...sebab rasanya kalau hantuk kepala pun tak rasa sakit da sebab kena hantuk tu...n masa tu senior saya yang ada sekali bagitau suruh minum 100 plus...dan selawat banyak2, sapu kat seluruh muka dan kepala....so, Alhamdulillah...berkurang la sikit migrain saya...

ada orang, bila migrain..cepat-cepat telan ubat yang doc bagi kan...saya tak...saya jenis yang tak suka bergantung pada ubat hospital...anyway, saya tak perasan pun benda ni...tapi, sejak saya amalkan supplement shaklee...Alhamdulillah..migrain saya dah tadelah nak datang melawat selalu...sebabnya, secara automatik bila kita amalkan supplement ni, tubuh badan kita akan alert dengan setiap sign yang diberikan otak..hee...contohnya, bila badan panas, itu tanda tidak cukup air kan...so, bila air tak cukup akan mengundang sakit kepala sebab oksigen tak cukup, tak sampai ke otak..dengan sendirinya kita akan minum banyak air dan sakit kepala/migrain pun akan berkurang/hilang....:) *ini pengalaman sendiri taw*

so, apa supplement shaklee yang saya amalkan untuk kurangkan/hilangkan migrain nih...?

VITAMIN B COMPLEX 
Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko disrang migraine, tetapi juga mencegah penyakit-penakit lain seperti depresi, stroke dan sebagainya. 



Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

kalsium berfungsi bukan sahaja membina tulang dan gigi, tetapi turut juga membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. 

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kering, salah satu punca yang dipercayai penyebab migraine. Satu keajian telah dibuat keatas magnesium dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya. 

Vitamin D penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing



setiap supplement kat atas ni ada 120 biji...yang mana boleh bertahan selama 4 bulan..bergantung pada cara pengambilan...*saya akan guide jadual pengambilan dan beri tips pengambilan supplement*...

untuk next entri, insyaAllah saya akan share dengan awak semua jenis-jenis sakit migrain, dan punca yang menyebabkan berlakunya migrain nih...ok...? 

untuk sesiapa yang berminat nak purchase set migraine ni dengan harga yang SUPER DUPER JIMAT...terhad untuk customer 50 TERAWAL sahaja taw...boleh emel saya laju-laju taw...


email:: eid.nurmaidah@gmail.com
contact no:: 013-7768297 

 p/s:: bila sakit kepala yang teruk sangat, boleh amalkan ayat 19, surah al-waqiah..baca dan tiup pada tapak tangan..sapu ke muka dan kepala ambil selawat...insyaAllah, ini kira salah satu ikhtiar lah...:) 

maksud ayat:: " mereka tidak pening kerananya dan tidak pula mabuk kerananya.." 
al-waqiah:: 19 

semoga hari ini kita semua ceria, gembira dan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada...semoga kita tidak lupa bahawa DIA sentiasa ada bersama kita...:)

till then, 
eid mazni (banyakkan senyum yer awak-awak semua)

Wednesday, 6 November 2013

shaklee :: VIVIX untuk kesihatan

Assalamualaikum...hi...:) 


Alhamdulillah...shaklee buat promotion lagi untuk VIVIX..sebelum ni pun dah pernah ada promosi beli 6 percuma 1 ni..namun ramai yang tidak berkesempatan nak beli...mungkin pada masa tu awak semua tidak tahu kan kebaikan VIVIX shaklee ni...

haa...untuk entri kali ni, jom kita baca info dan penerangan tentang vivix shaklee ni...sebab sekarang ni dah ramai yang start consume vivix shaklee ni taw...so, sangat rugi lah kalau kita tak ambil peluang ini untuk cuba VIVIX SHAKLEE yang penuh manfaat nih...:)



APA SEBENARNYA VIVIX NI...?

~ haa..penting yer untuk kita tahu setiap kandungan dalam supplement yang kita ambil sebelum kita cnsume supplement terebut..so, jum kita tengok apa sebenarnya vivix ni...apa kandungan vivix yang sebenarnya..:) 

Vivix™ adalah minuman campuran botani yang merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.

Ianya mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Siapa yang memerlukan Vivix? 
Ya, sesiapa sahaja (dewasa) yang mahu mendapat khasiat polifenol (anti-oksidan dan sel anti-penuaan) semulajadi yang tinggi, demi sebuah kesihatan.

Vivix bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.

Vivix perlu disimpan dalam peti sejuk kerana penghasilannya dari bahan semulajadi memerlukan suhu rendah agar tahan lebih lama.

Bagaimana Vivix bertindak?

Vivix bertindak dalam 4 cara iaitu 
~ mempertahankan sel
~ memberi tenaga kepada sel
~ memperbaiki sel 
~ meningkatkan prestasi sel.

Apakah ramuan utama Vivix?

Ramuan utama Vivix terdiri dari European Elderberi, Polygonum Cuspidatum, Lobak Ungu dan yang paling istimewa sekali Anggur Muscadine.

Anggur Muscadine



Anggur muscadine adalah anggur yang jarang didapati, dan ia adalah anggur terbaik kerana ia hidup secara semulajadi dalam cuaca yang ekstem. Semakin buah anggur itu terdedah kepada suasana ekstrem, semakin ia menghasilkan resevratrol yang tinggi! Anggur Muscadine sesuai dengan iklim hangat & lembap. Berlainan dengan anggur jenis lain yang mahukan iklim dingin. Ia salah satu faktor kenapa anggur muscadine sangat tahan lasak, tinggi anti oksidan dan tinggi kandungan phytonutrients kerana keduanya adalah satu cara alam semulajadi melindungi tanaman seperti anggur muscadine (umpama antibodi semulajadi pada buah). Ia dikenali sebagai super grapes kerana saiznya yang besar selain kandungan nutrien yang lebih power dari anggur biasa. Anggur biasa mempunyai standard 19 pasang kromosom namun Anggur Muscadine mempunyai 20 pasang. Ia mempunyai kadar Resveratrol 6x lebih tinggi dari anggur merah. Ia satu-satunya anggur yang mengandungi Ellagic Acid.


European Elderberi



Mengandungi flavonoids yang mempunyai ciri atioksidan yang kuat, menyebabkan sistem imun yag lebih kukuh unuk melawan jangkitan virus dan bakteria. Sangat kaya dengan sebatian yang dikenali anthocyanin, yang memberi kesan anti-radang. Elderberi tidak hanya kaya dengan anti-oksidan tetapi juga vitamin A, B dan C serta nutrien seperti asid amino, karotenoid, tannin dan rutin. Selain menguatkan sistem imunisasi bagi melawan virus dan flu, berkesan terhadap jangkitan asma, batuk, sesak hidung dan dada dan diabetes, ia juga dapat merendahkan tahap kolesterol dan memberi perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular dan jantung. Elderberi juga membantu mengurangkan stress, memperbaiki penglihatan dan penghadaman.


Polygonum Cuspidatum



Polygonum Cuspidatum (juga dikenali sebagai Knotweed Jepun) adalah tumbuhan perenial yang besar berasal dari Asia, yang juga banyak ditemui di Amerika Utara dan Eropah. Knotweed Jepun adalah sumber komersial Resveratrol, yang juga terdapat dalam ekstrak kulit dan biji anggur merah. Polygonum Cuspidatum mempunyai banyak manfaat kesihatan dan digunakan untuk merumuskan supplemen anti-penuaan seperti resveratrol dan bayak jenis perubatan tradisional Cina. Ahli-ahli sains telah menjalankan pelbagai ujian terhadap resveratrol. Ujian tersebut mendapati resveratrol mampu melambatkan proses penuaan, menurunkan tahap kolesterol dan tekanan darah, meningkatkan prestasi olahraga dan menyingkirkan sebatian yang tidak diperlukan oleh tubuh.


Lobak Ungu



Ia adalah sumber terbaik vitamin A dan mengandungi phytkimia termasuk carotenoids, phenolics, polyacetylenes, isocoumaris dan sesquiterpenses. Mengandungi anthocyanins (menyebabkan warna merah menyala, biru dan ungu pada buah dan sayuran) yang juga sebagai antioksidan yang mustajab. Kajian menunjukkan anthocyanins mempamerkan banyak aktiviti biologi, termasuk anti-oksidan, anti-radang, anti-mikrobial dan anti-carcinogen. Ia juga mempamerkan kesan pada salur darah, platelet dan lipoprotin yang berkebolehan mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.
haa...menarik tak...? teruja kan sebab segala ramuan dalam vivix ini adalah ORGANIK...penting tu....so, secara kesimpulannya, apa yang VIVIX boleh bantudari segi kesihatan dan kecantikan dengan ramuan-ramuan terbaik ni semua....? 
Antara kebaikan Vivix :

1) elak cyst n fibroid ,bantu mengecutkan cyst dan fibroid.
2) elak kanser payudara
3) anti aging
4) utk kelihatan Awet Muda dari USIA SEBENAR
5) mengurangkan rambut gugur
6) mengelakkan gemuk
7) mengurangkan gatal resedung
 8) mengurangkan jeragat dan jerawat
9) meningkatkan kesihatan dan memberi tenaga kepada Pesakit Kanser, Diabetes, gout,strok,Darah Tinggi, sakit jantung, SLE etc. Bagus untuk bunuh sel kanser or abnormal sel dlm badan.
10) sesuai utk heavy smoker, mengurangkan sakit dada dan mencairkan kahak dan lendir dlm dada akibat rokok.

Anda perlu memilih Vivix kerana manfaatnya :



• Membantu meningkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan;

• Membantu peningkatan metabolisme;

• Membantu mengekalkan kesihatan sistem kardiovaskular;

• Membantu mengurangkan risiko pembekuan darah;

• Boleh membantu mencegah masalah jantung dan strok;

• Membantu badan mengekalkan sistem imun yang sihat;

• Satu antioksidan yang kuat yang membantu melawan radikal bebas berbahaya;

• Membantu mengurangkan keradangan;

• Membantu mengekalkan tahap kolesterol yang sihat dan

• Membantu menggalakkan paras gula darah yang sihat.
 jum kita jenguk pula testimoni yang menarik tentang vivix shaklee ni ..

 setelah 7 hari pengambilan Vivix, ma da boleh jalan...sebelum ni ma diserang stroke...:)


 ~ ini juga testimoni untuk stroke..3 hari pengambilan dah boleh bangun sendiri...

 ~ rokok terasa pahit macam hempedu...!! mereka yang menghidap kencing manis pun dah semakin sihat hasil dari consume VIVIX shaklee...



~ wife ada darah tinggi yang kronik..amalkan vivix dan dah 2 bulan stop ubat doktor specialist..




~ yang ni pulak yang ada sakit kening manis, darah tinggi, sakit uut n athma...penangan consume vivix, paras kandungan gula dia x naik walaupun makan makanan manis...~  

 * testimoni diambil dari google..*

ada yang berminat tak..? nak tahu betul ke testimoni ni semua dan berkesan ke tak, jum cuba vivix ni...mahal...? benda baik memang mahal..untuk kesihatan kita sangat berbaloi... walaupun botol vivix ni kecik jep, tapi mampu untuk tahan sebulan taw..hanya satu sudu pengambilan setiap hari...dan anda sendiri akan rasa perubahan bila consume vivix ni...

nak cuba dulu sebotol vivix pun boleh...email saya laju-laju sempena promosi vivix bulan ni...

email:: eid.nurmaidah@gmail.com
contact no:: 013-7768297

 terima kasih semua...semoga awak semua diberi kebahagiaan, ketenangan dan dimurahkan rezeki...oh ye..jangan lupa senyum...:) 

till then, 
eid mazni