Google+ Followers

kita kawan..?? :)

Shaklee Updates

Tuesday, 16 April 2013

tips penjagaan kulit dan collagen

Assalamualaikum semua...
Alhamdulillah..sempat lagi update belog...ok, semua orang nak cantik kan...? tapi bagaimana...? ok, jom kita tengok tips kat bawah untuk penjagaan kulit yang cantik jelita...wah...? hehee...
tips penjagaan kulit cantik jelita:

1.Minum 8 gelas air putih setiap hari..untuk yang ambil supplement macam saya, air wajib 3 liter sehari...dapat 5 liter lagi bagus...:)

2.Lakukan senaman kerana ia bukan sahaja baik untuk tubuh tetapi juga dapat membantu kita mendapatkan kulit cantik dan sihat berseri

3.Pastikan kulit kita mendapat "makanan" yang terbaik menerusi khasiat buah buahan segar

4.Pakai pelembap wajah setiap hari.Pilih pelembap yang bebas minyak..haa, yang ni...cari produk yang organik yer semua...yang ada chemical tu x elok untuk kulit...:)

5.Elakkan kemarahan kerana ia boleh menyebabkan kerosakkan pada kulit anda.Sentiasa tenang dalam apa jua keadaan.Kalau cepat marah nanti cepat tua tau :P

6.Jangan sentiasa mengenakan solekan,Biar kulit berehat seketika

7.Jangan terus tidur tanpa menanggalkan mekap terlebih dahulu

8.Jangan menggunakan sabun atau sebarang product selain product penjagaan kulit yang sesuai dengan kulit kita.

9.Berhenti pengambilan makanan ringan kerana ia boleh merosakkan kulit kita.

10.Makanan tambahan seperti Vitamin amat penting untuk kesihatan kulit.Walaupun begitu,tidak bermakna jika kita tidak mengamalkan makan harian yang berkhasiat

11.Pastikan kita tidur cukup iaitu 8 jam sehari.
  
ok...semua dah baca tips diatas kan...? insyaAllah, kalau kita ikut tips diatas betul-betul..kita akan mendapat kesan yang kita inginkan..cantik tu satu anugerah tahu...dan usaha kita untuk menjaga kecantikan kita tu, perlu seiring dengan keinginan kita untuk cantik dan sihat...
 
ok, nampak tak saya highlight yang no.10 tu...? haa, kat situ dinyatakan bahawa pengambilan vitamin amat penting untuk penjagaan kulit...so, sebagai pengguna tegar produk shaklee, saya nak syorkan satu produk yang sangat bagus untuk anda yang inginkan kulit yang cantik dan sihat dengan feedback yang cepat dan positif... 

  SHAKLEE PRODUCT: 
SHAKLEE COLLAGEN POWDER
apa itu collagen powder...? kenapa saya beria nak korang cuba...?
Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. 

Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.

Collagen Powder terbukti berkesan untuk:
- Meningkatkan kelembapan kulit sehingga 90%
- Mengurangkan kekasaran dan kekeringan sehingga 75%
- Peningkatan dalam penampilan keseluruhan sehingga 71%
- Meningkatkan kelembutan dan kelicinan sehingga 69%
- Meningkatkan pemakaian kekal mekap sehingga 60%
- Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti sehingga 55%
- Meningkatkan ketebalan rambut sehingga 54%
- Meningkatkan keserian, tona & warna kulit sehingga 50%
- Mengurangkan garis halus dan kedutan sehingga 18%

 KESAN KEKURANGAN COLLAGEN 

kesan dan faedah pengambilan collagen shaklee:
  • ANTI PENUAAN – mengurangkan liang pori-pori (pori-pori terbuka), kedutan dan garis halus.
  • MENGHIDRATKAN – Melembapkan kulit
  • MENGEMBALIKAN KEANJALAN KULIT – Menjadikan kulir anjal, lembut dan tegang
  • MELICINKAN – Tingkatkan kelicinan kulit
  • MENYUBURKAN – Menyuburkan rambut dan kuku yang sihat
  • MENCERAH – Mengurangkan pigmentasi, jerawat dan kulit tak sekata
  • MENEGANG – Membantu menegang dan menganjalkan payudara
awesome kan shaklee collagen ni...? nak tahu awesome ke tak untuk awak semua...jom cuba...emel saya laju-laju..best price untuk anda...:) dan...untuk anda...yang teringin nak tahu...apa itu supplement SHAKLEE...apa yang best nya bila membeli shaklee dengan saya...apa tips yang anda dapat dari saya...jangan ragu-ragu..jangan segan-segan..anda semua boleh emel saya...

FREE CONSULTATION untuk anda...:)

CREATING HEALTHIER LIFE..

hubungi saya:: 
EID MAZNI
eid.nurmaidah@gmail.com...

shaklee independent distributor
ID: 914371
 
LOTS OF LOVE,
EIDMAZNI



Monday, 15 April 2013

cerita produk kecantikan

Assalamualaikum semua...

ibu pesan, update belog hari-hari...share kebaikan produk...insyaAllah, ramai yang akan cari kita nanti...:)

Alhamdulillah...sekarang ni facebook tu dah jadi tempat jual beli pulak...banyak sangat iklan-iklan produk kecantikan, baju, tudung...dan banyak lagi lah..bila click pada home je, satu produk tu sampai 3 4 orang share..yer...dunia di hujung jari sekarang...

hmm...dengan lambakan produk kecantikan dan kesihatan sekarang...semuanya BERANI menjanjikan kesan-kesan dalam tempoh yang tertentu...CANTIK DALAM 2 MINGGU...TURUN BERAT 5KG SEMINGGU...BOLEH PUTIH HANYA DENGAN CONSUME PRODUK INI...aaaaahhhh..banyak lagilah...semuanya cepat...semuanya ekspress...dan customer jadi rambang mata...TERUJA...!! tambah-tambah bila tengok testimoni yang pelbagai...yang gelap kusam tetiba cerah cam snow white...yang gemok membuncit tetiba badan macam siti nora liza...haruslah nak...sape yang tak nak kan...? 

TAPI...saya mula ragu-ragu...sejauh mana keberkesanan produk itu...? apa nanti kesan pada kemudian hari...yang turun berat 10kg seminggu tu nanti kalau stop ambik produk tu gemok boncit balik tak...? dan seolah-olah kita semua yakin dengan statement penjual..betul berkesan ni, banyak testimoni dah..bahan semulajadi...

jangan salah faham...saya hanya menyuarakan pendapat saya...saya juga pengguna produk-produk kecantikan...lebih tepat lagi, saya pengguna SHAKLEE...supplement yang dah lebih 50 tahun di malaysia tu...eh, eh...dengan SHAKLEE ni tade pulak saya ragu-ragu kan dengan bahan-bahannya, dengan keberkesanannya...? 

sebenarnya begini...pengambilan supplement perlu ada guide yang betul...nak kurus perlu ada cara yang betul...nak naik berat ada jadual pemakanannya...nak cantik kulit, cerah berseri..ada tips penjagaannya...dan saya percaya, tak ramai sebenarnya yang boleh bagi suggestion yang betul instead of awak ambil supplement ni dan awak tengok kesan dalam 2 minggu...contoh...saya tidak mempertikaikan produk lain...saya cuma mahu mengajak kita semua...awak dan saya...MEMBELI DENGAN BIJAK....

bagaimana...? ok, jom tengok tips...ihiks..

~ disaat anda teruja dengan segala testimoni bagai...sila ambil nafas perlahan-lahan dan tanya diri anda...perluke ambil supplement ni...? nanti ape kesan dia...? berapa harga dia...? untuk sebulan berapa banyak perlu spend duit untuk supplement...? tanya...dan make sure anda ada jawapan...

~ perhati kandungan dia...halal atau tak...baca pelbagai testimoni...cari kat sheikh gugel ape side effect product tersebut..dari company mana...ada yang tiruan tak...dan tanya kawan-kawan jugak...

~ cari substitute produk yang sama fungsi dengan produk tersebut...compare...bandingkan harga...bandingkan kelebihan dan tempoh pengambilan sesuatu produk tu...

~ tanya penjual tersebut..bila awak beli supplement tu,,,apa yang awak dapat...? i mean, kalau ada masalah, boleh mengadu bertanya ke...? sebab ada sestengah penjual, tak layan sangat pertanyaan2 ni..

~ dan ingatlah...supplement hanya membantu anda sebanyak 50% - 70% sahaja...so, fikir2kan juga bajet anda...sebab, untuk dapatkan kesan yang terbaik...pengambilan supplement haruslah secara konsisten dan berterusan...:)

ini hanya pendapat saya...dan saya share pengalaman saya sahaja...sebab saya salah seorang dari anda...mudah sangat teruja dengan produk2 kecantikan ni hah...maklumlah...saya punya kulit xberapa nak gebu gebas putih berseri sangat kan...heee...

dan Alhamdulillah...dalam pencarian saya...SHAKLEE adalah yang terbaik...everyday, saya rasa teruja nak ambil supplement sebab dapat guide dan tips yang betul dari ibu...:) susah taw nak konsisten ambil supplement ni melainkan ada orang support dan bagi semangat pada kita...:) 

ok...untuk anda...yang teringin nak tahu...apa itu supplement SHAKLEE...apa yang best nya bila membeli shaklee dengan saya...apa tips yang anda dapat dari saya...jangan ragu-ragu..jangan segan-segan..anda semua boleh emel saya...

FREE CONSULTATION untuk anda...:)

CREATING HEALTHIER LIFE..
 hubungi saya:: 
EID MAZNI
eid.nurmaidah@gmail.com...

shaklee independent distributor
ID: 914371
 
LOTS OF LOVE,
EIDMAZNI


Saturday, 13 April 2013

bila semuanya jadi kenangan...

Assalamualaikum....

mohon belog kesayangan belum bersawang lagi...sebab jenguk hari-hari, walaupu tiada entri baru...hehe...

haa, weekend...finally..Allah sahaja yang tahu betapa sibuknya saya dan sangat penat sepanjang mingu ni,...dengan kelas, assignment, mid term...mohon doa...semoga dengan izin Allah, saya dapat melalui final sem ini dengan penuh semangat dan terus meraih kecemerlangan...ameen...

Alhamdulillah..Alhamdulillah...walaupun bizi, insyaAllah semuanya pada jalan/landasan yang betul...walau hidup sedikit kucar kacir...walau hati sedikit terusik dan kecewa...setiap hari saya bangun, saya masih mampu set minda dan hati saya dengan betul...hidup tentunya banyak dugaan...itu biasa kan....terus melangkah gagah lah jawabnyer... kebergantungan hanya kepada DIA semata-mata...:) 

hari ini...kami baru selesai photoshoot sebenarnya...bergambar kenangan, sebelum masing-masing berpisah ikut jalan hidup masing-masing...semoga kehidupan yang baik untuk masa depan...bila dah bergambar macam gini, dah mula nampak dah kaki ni nak melangkah keluar dari GARDEN OF KNOWLEDGE AND VIRTUE ni...dah nampak bayang dah bila keluar nanti, bila entah nak jejak kaki kesini lagi..banyak yang akan dirindui sebenarnya...suasana Ramadhan-nya... suasana exam...presentation...submit project...workshop...program...see, ini belum final exam lagi...belum nak melangkah keluar pun lagi...dah rasa rindu dah...:)

ape2 pun...semoga kehidupan yang baik2 sahaja...semoga Allah izin kita lalui kehidupan dengan penuh kekuatan dan kesabaran...semoga Allah tetapkan hati-hati kita untuk sentiasa bertaut kerana CINTA dan RINDU kepadaNya...

dan untuk adik-adik saya...adik-adik yang selama ini secara tidak langsung menyokong saya...yang tarik tangan saya bersama-sama....yang memberi semangat ketika diri ini terlupa...TERIMA KASIH KESAYANGAN SEKALIAN....semoga Allah merahmati kita semua...semoga kejayaan sentiasa mengiringi kehidupan kita...insyaAllah...ameen 

~ life is like a WHEEL....and mine is the BIGGEST...coz the cyle to the TOP is too long....no matter how hard i tried...however...I'm going to finish STRONG...!! ~

lots of love::
eidmazni

Wednesday, 3 April 2013

tips diet: jom ikut cara yang betul

Tips diet

(1) Sila ambil ukuran badan seiring dengan timbang berat badan. Diet ni tak semestinya akan turun berat badan dulu sebab ada individu yang badan shape on dulu baru die turun berat badan.

(2) Kena konsisten dan jangan ingat boleh turun berat badan dalam sehari..Letak target jangka pendek 3 BULAN.

(3) Stagnant period = normal untuk long term diet. Cuma continue diet seperti biasa sebab badan sedang shape on semasa stagnant period.

(4) WAJIB ambil SARAPAN. Kita tidur lebih kurang dalam 6-8 jam dan sepanjang tempoh tu perut jadi berasid. Paling kurang bangun pagi tu, alas dengan segelas air untuk neutralkan asid tu. SARAPAN ni jadi penanda aras untuk tenaga sepanjang hari yea.

(5) JANGAN SKIP MEAL..Kalau jenis nak mengunyah je, makan banyak kali tapi kuantiti sedikit. Dinner kalau tak mahu makan berat, ambil light meal walaupun sekadar biskut atau buah-buahan. Ini untuk elakkan badan bertukar kepada “starving mood”

(6) Ambil NASI sekurang-kurangnya sekali sehari. Saya tak setuju dengan diet tanpa nasi sebab badan kita perlukan karbohidrat. Nasi adalah lebih baik daripada roti, mee dan pasta.

(7) AIR KOSONG. Pengambilan air masak sangat penting. Setiap 25kg badan kita perlu ambil bersamaan 1LITER air.

(8) Portion plate jaga : Separuh pinggan nasi +1/4 Sayur+1/4 lauk../Kalau lapar, tambah lauk n sayur..Bukan tambah nasi yea..

(9) Snack between meal tu boleh sahaja tapi ambillah buah-buahan / dried fruits..senang cakap benda berkhasiat la

(10) Ambil buah SEBELUM makan bukan sebagai dessert..
jom ubah mentaliti/cara diet kita...:)

semoga bemanfaat...