Google+ Followers

kita kawan..?? :)

Shaklee Updates

Thursday, 17 January 2013

senyum sendiri

Assalamulalaikum...

banyak benda yang terjadi...
banyak juga yang saya pendam dalam hati...
saya hanya mampu tangis sendiri...
biar saja ia dilubuk hati...
asal senyum yang terpamer...
tetap dari hati...
dengan diri saya berbisik sendiri...
berharap sangat segala kekuatan selama ini...
masih wujud dalam diri....
saya mencari kembali...
dan...hati saya berbisik percaya...
" Ujian Allah sedayanya manusia...jika ini yang ditentukan..saya akan terus bergerak walau ada yang menjatuhkan..."
semoga Allah permudahkan...:) 


vitamin E shaklee: saya jatuh hati

Assalamualaikum...

tajuk entri nak gempak aje...Alhamdulillah...saya bersyukur sangat sebab terbuka hati nak berhabis duit beli produk shaklee...sebab bukan sahaja parut-parut ciken pox saya hilang...namun kulit saya juga semakin sihat dan sudah tidak kering dan kusam seperti dulu...Vitamin E shaklee buat saya rasa suka belek-belek muka pada cermin...:) 

dulu, saya tercari-cari krim vitamin E...ada kawan kepada rumet datang kebilik, dan kami bercerita tentang kecantikan..apa lagi topik bila dah gadis-gadis melepak bersama...kulit dia sangat cantik..flawless...dan rupa-rupanya dia pernah accident dan telah meninggalkan parut yang agak besar pada pipinya...tapi, bila saya perhati...langsung tiada...dan dia cakap, saetiap malam dia konsisten sapu krim vitamin E untuk pudarkan parut tersebut....dan sejak dari hari itu...saya berhasrat untuk mencari krim vitamin E...memandangkan fungsinya adalah untuk menyembuhkan luka dan menghilangkan parut...

dan saya dipertemukan dengan shaklee...lagi kuat keinginan nak menggunakan shaklee bila chicken pox menjengah dan menjadikan muka saya seperti kawah bulan...hee..:) dan setelah hampir 2 bulan menggunakan shaklee, parut-parut yang seperti kawah bulan itu semakin menipis...

FAKTA VITAMIN E

Vitamin E adalah vitamin larut lemak yang disimpan di dalam organ tubuh seperti hati, jantung, kelenjar pituitari, testis, uterus, darah dan otot. Namun, yang menariknya vitamin E ini ialah, 60-70% darinya akan disingkirkan dari tubuh setiap hari (tidak semua disimpan dalam badan) dan ia tidak menjadi toksik seperti vitamin A.

Vitamin E dikira dalam unit IU (international units) yakni 1 IU bersamaan 1mg. Vitamin E terdiri dari 8 komponen dalam 2 kelas utama : tocopherols dan tocotrinols yang terdiri dari komponen2, alpha, beta, gamma dan delta. Vitamin E yang lengkap sepatutnya mengandungi kesemua 8 komponen tersebut. Alpha tocopherols adalah komponen yang paling aktif, malah IU dikira berdasarla alpha-tocopherols. Akan tetapi, komponen yang mempunyai nilai ) dalam IU seperti gamma-tocopherols adalah penting dalam menjana antioksidan.

KELEBIHAN VITAMIN E SHAKLEE
  • Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • Melindungi paru2 dari pencemaran udara.
  • Meningkatkan kuasa sel-T untuk melawan penyakit.
  • Anti oksidan.
  • Membekalkan oksigen ke sel-sel badan.
  • Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).
  • Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.
  • Menyelesaikan masalah kelesuan.
  • Mengurangkan risiko parut yang besar.
  • Merendahkan kadar kolesterol.
  • Membantu mencegah kanser.
  • Merendahkan risiko katarak  
selain itu, vitamin E juga dikatakan mampu menghalang pertumbuhan sel-sel abnormal pada badan terutamanya kanser.

Seorang teman sebelum ini mengalami masalah dimana tempat kemaluannya didapati mempunyai benjolan seperti bengkak ketumbuhan, beliau mengamalkan dua biji vitamin E selama 7 hari dan alhamdulillah ketumbuhan itu mengecut dengan sendirinya. Ini kerana Vitamin E membantu mengecutkan pertumbuhan abnormal sel dan melancarkan saraf terutama bagi ibu yang menyusu dan dapat mengelakkan bengkak susu yang berlarutan. (sumber: ibu hakim

 

untuk anda,yang mempunyai masalah bibir kering dan mengelupas juga boeh cuba amalkan vitamin E...pengambilan yang konsisten sebiji sehari dan air putih yang mencukupi akan mengembalikan kesihatan dan keremajaan kulit anda..



sebotol vitamin E shaklee ada 120 kapsul yang mampu bertahan untuk 4 bulan untuk pengambilan sebiji sehari...selain itu, sekiranya terdapat parut-parut jerawat, atau parut lain sekalipun, anda boleh cucuk vitamin E dan sapu pada parut sebelum tidur...insyaAllah parut anda akan pudar dari hari ke sehari...



vitamin E shaklee: vitamin E & selenium with grape seed extract



untuk anda yang berminat untuk mendapatkan vitamin E shaklee...
anda boleh hubungi saya di :
eid.nurmaidah@gmail.com 
fb page: shaklee beauty


pesanan saya: kulit yang cantik tidak semestinya sihat...kulit yang sihat semstinya cantik...mari kita sama-sama tukar keinginan untuk mendapatkan kulit yang cantik kepada kulit yang cantik dan sihat....:) 
 
 
 
 
 
 
  

Saturday, 12 January 2013

SHAKLEE : ALFALFA COMPLEX




KEISTIMEWAAN Alfalfa :
Kaya dengan protein – 18.9% berbanding daging lembu, 3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur. (Otot terdiri drp protein dan kurang protein menyebabkan keletihan dan kelesuan) dan membantu dalam penyusuan ibu.

Akar alfalfa yang tertanam jauh ke dalam tanah mencari mineral penting yang tidak kesampaian oleh tumbuh-tumbuhan lain. Alfalfa adalah milk booster yang sekian lama digunakan di benua Amerika.


Tidak semua alfalfa adalah sama. Alfalfa yang didapati di supermarket adalah alfalfa sprout (biji cambah). Alfalfa lain mungkin ditanam dengan kaedah yang tak mementingkan teknologi hijau. Alfalfa Shaklee diperbuat dari daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA – ditanam tanpa pesticide, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.

Vitamin yang ditemui dalam Alfalfa :

Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.

Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.

Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.

Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.

Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.

Mineral yang ditemui dalam Alfalfa :

Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.

Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.

Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

Klorida – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.

Sumber Zat Makanan Semulajadi & Klorofil Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi.

Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.
• Sumber semulajadi alfalfa.
• Pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air
sebagai minuman herba semulajadi.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Berminat untuk purchase produk ini...?
 klik link dibawah untuk direct order..

 https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=85be7e92377849414323f55a9e3c4e36

atau boleh sahaja text/whatsapp 012 9532501 untuk order..:)

zinc complex: kecil yang banyak manfaat..




~ Zinc Complex Shaklee dirumus dari zinc glukonat semulajadi bergabung dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah untuk diserap oleh tubuh kita. 

~ Ianya sesuai diambil dalam jangka masa panjang kerana mampu mengeluarkan logam seperti kadmium dan plumbum dari tubuh.

Antara manfaat  yang boleh didapati daripada pengambilan Zinc Complex ialah:
  •     Mengaktifkan 200 jenis enzim - zinc berkebolehan menggabungkan DNA, RNA dan protin seterusnya merangsang regenerasi sel. Dengan mengaktifkan 200 lebih enzim di dalam tubuh mampu memelihara metabolisma gigi dan pertumbuhan para remaja.
  •     Membentuk kolagen
  •     Memperbaiki Diabetes
  •    Bintik putih di kuku - bintik putih di kuku menunjukkan tanda kekurangan/penurunan zinc.Boleh mengakibatkan  depresi, lemah daya ingatan, mudah sakit, luka lambat sembuh, prostat bengkak, anemia dan sebagainya
  •     Mempertingkatkan sistem imun
  •     Mempercepatkan pemulihan luka - seperti luka dalaman dan luaran, pemulihan selepas pembedahan, baiki alergi dan bintik di kulit. Caranya boleh dilakukan dengan menghancurkan zinc dan ditaburkan di atas luka untuk cepat pulih. Zinc bagus di ambil ketika di dalam pantang oleh ibu bersalin.
  •     Memperbaiki masalah prostat - kajian menunjukkan pengambilan zinc mampu mengurangkan 70% pembengkakan prostat.
  •     Kemampuan seks lelaki - mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten, meninggikan kiraan sperma. Zinc penting untuk keupayaan seks bertenaga. Zinc adalah suatu khazanah lelaki.
  •     Ovulasi Wanita - membantu di dalam ovulasi, penguncupan uterus untuk lebih tahan.
  •     Memperbaiki radang kulit - contoh akne dan jerawat
  •     Mengekalkan deria bau 
 
 
anda berminat untuk consume full set supplement..?
boleh hubungi saya:
emel sebarang pertanyaan anda ke:
eid.nurmaidah@gmail.com..
shaklee independent distributor
ID: 914371
 
p/s: jangan lupa request best price ye...:)
 
  

shaklee:: set berpantang

assalamualaikum semua...

terasa pelik pula dengan tajuk diatas...tetiba je dah sebut pasal berpantang...owner blog belum kawin lagi...ehehe...tapi, since saya guna shaklee....(i mean another set of shaklee....bukan confinement set ni lah...) saya nak share kebaikan supplement shaklee dengan semua orang...dalam banyak-banyak supplement yang pernah saya ambil...shaklee yang terbaik...Alhamdulillah....

semalam, saya chatting dengan salah seorang rakan baik di fb...yang baru je berkahwin tahun lepas...so, macam biasa, untuk orang yang baru kahwin ni terus saya tanya dah berisi ke belum...dan dan nak ada 'anak sedara' since diri sendiri x kawin lagi...and she said, dah,,,tapi sempat merasa 9 minggu je...miscarriage...ada hikmah yang Allah nak bagi...so, sy tnya la, dia x ambil apa-apa supplement ke...sebab dia masih lagi dalam pantang....em, memandangkan saya ni orang kampung, setahu saya...pantang orang keguguran ni sama dengan orang pantang bersalin...nak kena jaga habis la...so, dia cakap MIL dia suggest untuk ambil folik acid...tapi dia tak tahu nak ambil supplement apa...so, saya suggest untuk ambil shaklee....

jadi, post harini khas untuk dia...n bakal-bakal ibu yang tercari-cari apa supplement yang sesuai untuk diambil sewaktu dalam pantang...supplement ini akan diberi mengikut keutamaan n saya akan guide dengan jadual makan yang betul yer....sebab supplement ni tak boleh ambil sekaligus...ada waktu kena jarak...:)

so, apa yang terdapat dalam confinement set ni...:


 confinement set (B COMPLEX, VITAMIN C, VITA LEA, ZINC COMPLEX)




B- COMPLEX 
~ Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein,
~ Anti stress (sebagai penenang)
~ membantu meninggikan sistem pertahanan badan
~ menukarkan makanan (glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa (mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. 
~ Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.
~ Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.



VITAMIN C 
~ Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari 
~bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. 
~Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.
 



MULTIVITAMIN WITH IRON/VITALEA
~ Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. 
~ Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita disyorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu, multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...
~ Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. 
~ Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan  minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.


ZINC COMPLEX 
~ Zinc pula berperanan membina jalinan antara sel ibarat benang untuk menyambungkan luka yang koyak tadi atau kulit yang melecet. Kepentingan zink antara lainnya :

1. penting untuk sistem pertahanan badan- immune system
2. bertindak sebagai anti oksidan
3. membantu penyerapan zat/mineral yang lain seperti magnesium, kalsium dan beberapa garam mineral yang lain
4. mempercepatkan pembaikan tisu yang luka
5. membantu penghantaran oksigen dan pengambilan karbon dioksida dari tisu
6. membantu pertumbuhan tulang yang sihat
7. mengawal rasa,bau dan selera
8. terlibat secara langsung dengan sistem reproduktif manusia- kesuburan


UNTUK TAMBAHAN SUPPLEMENT DIATAS, BOLEH AMBIL ESP DAN ALFALFA...




ALFALFA
~ Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. 
~ Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bby..susah nak kena kembung.
Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. 
~ membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. 
~ Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink.(PERINGATAN: ALFALFA TIDAK BOLEH DIAMBIL OLEH PESAKIT SLE)


ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
khasiat ESP semasa dalam pantang..
  • Memberikan tenaga dan rasa sihat
  • Beri rasa kenyang berpanjangan
  • Luka lebih cepat baik
  • Strech mark dan kesan2 hitam pada badan kesan kehamilan mula hilang sedikit demi sedikit
  • Susu badan menjadi lebih pekat dan meriah (dengan syarat, kerap susukan bayi/pam)
ESP boleh diambil dari hamil sehinggalah menyusukan. Kalau tak menyusukan pun boleh ambil untuk kesihatan kulit, berat badan dan menyeluruh.

lagi info ESP...klik sini

so, saya berharap sedikit sebanyak info ini membantu anda, bakal-bakal ibu untuk mendapatkan supplement terbaik semasa tempoh berpantang anda...shaklee hanya menyediakan supplement terbaik untuk kesihatan dan kecantikan menyeluruh diri anda....

anda berminat untuk consume full set supplement..?
boleh hubungi saya:
emel sebarang pertanyaan anda ke:
eid.nurmaidah@gmail.com..
shaklee independent distributor
ID: 914371
 
p/s: jangan lupa request best price ye...:) 
 
entri selepas ini akan menyusul detail setiap supplement diatas...insyaAllah...:)

Friday, 11 January 2013

SET D: SET KECANTIKAN SHAKLEE

assalamualaikum...
ramai yang bertanya...berkesan ke SET D ni...? okei jom kita jenguk testimoni yer...:) 

set ini terdiri daripada:
vitamin C:
~ sangat penting untuk pembentukan collagen pada kulit
~ berperanan mempercepatkan proses pemulihan pada kulit
~ melindungi sel-sel dari kerosakan
~ bertindak sebagai anti oksida


vitamin E::
~ Vitamin penting untuk kecantikan kulit
~ bertindak sebagai anti penuaan dan anti oksida
~ melindungi dan mencegah kerosakan sel
~ mempercepatkan proses pemulihan kulit
~ berupaya mengawal kandungan minyak dalam kulit
~ berupaya mengurangkan kesan jeragat yang ada pada kulit
~ awet muda


vitamin B-Complex::
~ dikenali sebagai Beauty Vitamin, "B" for Beauty
~ memelihara kecantikan kulit dari dalam
~ bertindak sebagai penenang....bila jiwa tenang, wajah akan sihat..


____________________________________________________________________
keberkesanan set ini...? tengok testimoni di bawah...

 " owh..Alhamdulillah...hari ni cukup seminggu makan...minum banyak air macam akak cakap kat blog tu...terus terang cakap kat akak, memang rasa ada perubahan kat kulit muka...jerawat baru da x berapa nak naik..sekarang period, selalu pantang period je penuh kat muka...ni tinggal yang lama, tapi da kering.."


 " aritu sebelum kawin makan suplement tu untuk repair kulit sket, mua cakap kulit cantik senang nak mekap..:) "


" baru 2 minngu saya guna set skincare...Alhamdulllah parut kat muka dah mula berkurang...kadang2x saya sapu vit e tu kat muka...bangun pagi rasa lembut sangat pipi ni..huhu..kesan rekahan kat tapak kaki pun dah berkurang...ari2x excited nak baca blog akk..."

" salam akk..so far baru seminggu saya ambik set supplement vitamin tu...alhamdulillah...jerawat saya dah mula kecut2 n parut jerawat makin pudar.."


______________________________________________________________________________

Alhamdulillah...anda ingin menyertai mereka...?  inginkan kulit cantik seperti mereka...?  inginkan kulit yang flawless dan badan yang sihat...?  mari bersama-sama saya untuk menyertai  " beauty journey with shaklee..." dan testimoni anda juga akan diletakkan disini dari semasa ke semasa...


KEPADA ANDA YANG INGIN MENDAPATKAN SUPPLEMENT FULLSET INI DENGAN HARGA MENARIK SEMPENA BIRTHDAY SAYA BULAN INI...BOLEH TERUS EMAIL KEPADA SAYA DI:   

eid.nurmaidah@gmail.com..
dan pastikan anda consume set shaklee yang original...


email your order:
eid.nurmaidah@gmail.com..
shaklee independent distributor
ID: 914371

Saturday, 5 January 2013

entri santai waktu pagi

salam semua...

tiba-tiba diriku TERMINAT warna kuning....ampun lah warna PINK...KUNING lagi MACHO dari awak...ahaha...tapi MERAH tetap dihati....heee...entah ape lah merapu pagi-pagi...

 wane wani..:)

oh, btw...esok exam...English Academic Writing...tapi semalam sempat lagi keluar berjalan-jalan...niat asal nak kuar makan key ep c je...tapi...bila dah nama nyer keluar...harus ada aktiviti sampingan...kata gadis...xshopping x sah la kan...ehehe...

1) John Gray

semalam beli buku...lagi...n bila balik bilik cepat2 bukak plastik n ambik buku cium...ahhh..best tahu bau dia...dan sekarang ni memang banyak sangat buku yang tengah tunggu turn untuk dibaca...semoga sempatla habiskan masa cuti nanti...tapi yang baru beli semalam, xsempat tggu cuti pun...dah hampir separuh chapter...excited sangat...(~_^) 





ini hasil tangkapan semalam...combo set...2 buku ni harga RM49.90...bau kertas buku ni wangi...rasa nak geget-geget je...ehehe..

so, ini dah kira advance hadiah untuk diri sendiri la...ni first buku beli untuk tahun baru ni....semoga mampu khatam dengan segala input...ehehe...

2) bateri cik wonder kembung bom bom...

cik wonder, cukup setahun...eh 2 tahun...eh setahun setengah kot....lupa...dapat cik wonder ni masa birthday...kakak kesayangan yang bagi...Alhamdulillah...nak beli sendiri memang tak mampu la...mampu beli nokia cap ayam yang harga 60 hengget je....dan memang cik wonder dijaga dengan penuh kasih sayang walaupun dia telah berjaya melonjakkan jumlah bil telefon kepada 300++ dalam masa seminggu...sebabnya terlupa nak tutup packet data...(-_-')...salah sendiri...

dan 2 hari lepas...dia start buat perangai...dalam sehari tu kena 3 4 kali caj...xlarat lah cam gini...dan semalam...alang-alang keluar...terus angkut bateri baru...sebelum dia merosakkan telefon...eloklah kita tukar baru yer...dan berjalan kat wangsa walk tu memang buat diri rambang mata tengok casing phone...perlu ke dorang display casing phone yang comel-comel kiut miut tu....nasib baikla akal ni masih mampu berfikir...kalau x rasa nak rembat semua...

so, cik wonder dah berwajah baru...tukar casing...tukar screen protecter...bateri baru...setiap saat dok pandang...sebab casing warna kuning...macho lah...ahaha...(warna putih n merah tengah tunggu turn untuk dirembat...) 

 
 beli kat kedai lagi murah dari beli online...:) 


tapi hijau ngan biru pun macam cantik...(n_n)

3) teddy bear tu warna kuning lah...!!!

hampir-hampir tergugat...dorang sangat comel...beli satu free 1...mahu tak tergugat...dah la muka manja...boleh lak masa kat kedai tu rasa nak bercakap-cakap dengan teddy bear kat situ....nasib baik terperasan akak yang jaga kat situ...kalau x, memang buang tebiat la kannn...nasib baik x beli...mampu pejam mata n berlalu dari kedai tu cepat-cepat sebelum hati tergugat...


yang ni x cute...yang semalam lagi cute...xkesahlah...janji awak warna kuning...:)



eh...eh...tiba-tiba...
nak jugak letak...cantikk...(^^,)
(letak dia sebab cantik je...terjumpa kat gugel)




p/s:: gambar semua ihsan encik gugel...malas nak ambil gambar sendiri...ehehe...

ok dah merapu...esok exam...:) 





lalalala...:)

Friday, 4 January 2013

hilangkan parut chicken pox

saya study depan cermin...heee...habit ni dah lama ada...start masa matrix dulu lagi....sampai sekarang..anyway, sebenarnya sebab tak tahu nak gantung cermin tu kat mana...so, aci jelah letak kat meja study..sambil study sambil belek muka...sambil online sambil belek muka...obses sangat dengan cermin tu hah...n kat cermin tu siap letak sticker nama lagi...kot la orang teringin nak ambik cermin tu bila saya tinggal barang2 kat stor setiap kali nak tukar sem...boleh...?? hee...

em, so harini macam biasa lah...belek muka lagi...sebabnye parut-parut ciken pox ni hah...itulah kan, sape suruh ngade gatal tangan pergi garu...kan dah melekat parut...heee....parutnye dalam macam kawah bulan...erk...?? hehe...n harini perasan yang kat dahi dah menipis...antara 2 kening pun nampak ngan tak je...kat pipi dah x dalam macam awal-awal dulu...betul dah menipis...sukaaaaaaaaaa......:) 

dalam hati ni sebenarnya risau...takut balik nanti abah tegur, awak garu ke..? parut dalam cam gini...memang tak tahu nak jawab apelah kan...setelah dipesan berkali-kali still anak dia tak dengar kata...eh, buat-buat tak dengar...bila melekat parut cam gini baru nak gelabah...haish...:) orang cakap, parut ciken pox xhilang dah..berlubang macam kawah bulan kat situ la hah...sebab tu orang-orang tua pesan, jangan garu....

~ heee...xkool lah xde parut kat muka...muka berparut baru macam kak long kawasan...ahaha... ~~

tahu apa saya buat untuk hilangkan parut....??



credit photo: kak cpm hani...:)

vitamin E complex with grape seed extract...

saya guna vitamin yang kat atas tu...hehe...saya telan before sleep setiap malam, ambil air putih lebih 2 liter sehari...dan saya ambil vitamin B, GLA dan ESP...Alhamdulillah, parut dah makin berkurang...walaupun tidaklah nak flawless sangat...tapi, parut dah menipis...:) 

n vitamin E tu saya cucuk dengan jarum, dan sapu pada parut before tidur jugak...n rumet cakap, parut saya dah xnampak sangat...hepi...!!! :) sebiji vitamin E tu boleh 2 3 kali sapu sebab kita sapu kat parut je kan...bukan macam VCO, kita sapu minyak seluruh muka nk kasi kulit lembut...hehe...

so, apa lagi kebaikan vitamin E ni sebenarnya...? 

KEBAIKAN VITAMIN E COMPLEX
*MELAMBATKAN PROSES PENUAAN
*MEMBANTU MENDAPATKAN TEKSTUR KULIT YANG CANTIK
*MEMBANTU MENGHILANGKAN JERAWAT,JERAGAT & PARUT JERAWAT
*MELEMBABKAN KULIT & MENGATASI KULIT KUSAM
*MENCEGAH KANSER
*MEMBANTU ASPEK KESUBURAN
*MEMBANTU PENGALIRAN DARAH LEBIH LANCAR
*MEMBANTU PROSES MEMPERCEPATKAN PROSES BAIK LUKA...

  memang dah jatuh cinta lah dengan vitamin E ni...sebabnya vitamin ni lagi murah dan boleh tahan sampai 4 bulan...mahunya x jatuh cinta dengan segala kebaikan vitamin E ni...bawak peluk tidur la...hehe...

ada yang nak cuba vitamin E shaklee ni...? atau nak cuba fullset supplement...?? nak dapatkan trial pack...? boleh emel saya::
eid.nurmaidah@gmail.com...
shaklee independent distributor
ID: 914371
insyaAlah saya akan bagi best price untuk pembaca blog ini...:)

~ jom kita sama-sama hilangkan parut yang ada...hehe...:)

2013

2013::

jumaat yang pertama untuk 2013...Alhamdulillah...Allah takdirkan, pada tahun ini...pada saat ini...masih ada nafas, masih ada nyawa...namun, dengan meningkatnya umur, semakin dekat kita pada kematian...*tarik nafas dalam-dalam* semoga hidup dalam iman...semoga mati juga dalam iman...

setiap hari...saya bangun dengan mindset, eid ini tahun baru...tahun 2013...semalam dah kenangan...hari ini realiti...setiap hari...setiap saat, saya berperang dengan diri sendiri...segala monolg berlaku...setiap saat, saya pesan pada diri...tahun ini, saya nak jadi seorang yang positif....saya nak dahulukan perkara-perkara positif...nak bergerak kearah kebaikan...doakan saya...

2012, 2011, 2010, 2009, 2008, 2007, 2006.........198X...(heh, saje xnak letak no kat belakang...umur baru 19 tahu...sila percaya)...

dah banyak rupanya yang saya lalui...segala macam benda berlaku...bila ingat balik...tak sangka saya 'sekuat' ini untuk lalui hari-hari saya dahulu...tak sangka yang saya mampu lalu semua pahit manis tu...kadang-kadang saya terfikir...perkara paling teruk pernah berlaku dalam kehidupan...kehidupan saya...tapi, mungkin untuk orang lain biasa-biasa sahaja...dari mana kekuatan itu datang...? hati saya selalu bertanya...dan hati saya juga yang menjawab..." bila segala pergantungan...hanya kepada Allah semata...."...terduduk...mengalir air mata...walau diri ini selalu lupa...selalu tidak mensyukuri nikmatNya...namun, DIA tidak pernah lupa pada hambaNya...bila segala-galanya hanya diserahkan kepada DIA...DIA yang mengatur segala...terbaik untuk kita....tepat pada masa....

dan sekarang...tahun baru...umur yang baru...Allah takdirkan saya melihat 'langit yang cerah' itu lagi...DIA izin saya melihat segalaNya dengan kasih sayang DIA...DIA tidak penah lupakan saya...tidak pernah lupa...tidak pernah lupa...tidak pernah lupa....

dan benar...ujian DIA tanda kasih sayangNya...tanda DIA nak kita kembali pada DIA...tanda DIA rindu kita mengadu padaNya...ALLAH S.W.T....