Google+ Followers

kita kawan..?? :)

Shaklee Updates

Saturday, 22 December 2012

sembuhkan ECZEMA dengan SHAKLEE

Assalamualaikum.... 

semoga semuanya dalam keadaan sihat...okei...saya dah makin rajin update belog everyday...:) kan dah cakap, sebab SHAKLEE membuatkan saya ingin berkongsi tentang kelebihan produk ini dengan semua orang....

okei, semalam waktu lunch...saya lunch sambil tengok cerita running men...itu je masa yang ada untuk enjoy...waktu laen, FYP...entri ni saya menyelit bila dah bosan FYP...hehe...

okei, sambung  balik...ada jiran bilik sebelah datang kat saya...tanya jual lagi tak VCO...sebab dia nak belikan untuk membe dia yang ada eczema teruk sampai bernanah...sy bagitaw, kalau eczema dah teruk, saya suggest guna supplement shaklee...sebab saya xrasa VCO membantu...n after consult dengan kak hani...kak hani cakap, jangan bagi VCO, takut jadi makin teruk since dia nyer eczema dah bernanah....

okei...sebelum kita tengok apa supplement dari SHAKLEE yang boleh merawat eczema...mari kita kaji sikit dan membuat research bersama 'encik gugel' tentang eczema...:) 


Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit iaitu organ terbesar pada tubuh manusia.

antara kesan-kesan yang boleh dilihat::

kanak-kanak boleh dilihat pada:
a) lutut
b) pelipat siku
c) atas punggung
d) buku lali 
e) kulit kepala

dewasa lebih ketara pada:
a) belakang lutut
b) pelipat siku

Penyakit ini boleh dihidapi pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak. Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Ekzema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik (diwarisi dari ibu bapa).


okei...so, apa rawatan yang diperlukan untuk eczema...? sepanjang pencarian saya dan pertanyaan saya pada customer yang mengalami sendiri masalah eczema...bila dorang pergi klinik, doktor akan bekalkan/suntik steroid untuk menahan/mengurangkan rasa-rasa gatal pada eczema tu...selain itu, turut dibekalkkan pil alahan atau krim untuk mengurangkan kegatalan kulit...namun, sampai bila kan nak bergantung pada eczema...? kerana cara-cara berkenaan bukanlah untuk rawatan jangka panjang...

apa supplement dari SHAKLEE yang kami sarankan...? 


GLA COMPLEX 

GLA (Gamma Linolenic Acid) digunakan oleh ramai wanita untuk mengekalkan kesejahteraan sepanjang kitaran haid bulanan mereka. Formula GLA Complex® Shaklee mengandungi GLA dan asid lemak omega-6 bertujuan untuk membentuk Prostaglandin, sejenis hormon yang membantu tubuh untuk mengawal proses kitaran dalaman.

GLA Complex® Shaklee adalah suatu formula unik yang membantu mengawal selia aliran darah. 

Fakta ringkas GLA Complex® Shaklee:

~ GLA membantu merangsang tubuh membentuk prostaglandin – bahan mujarab seperti hormon yang membantu mengawal kebanyakan proses badan seperti aliran darah yang sihat dan perlindungan dinding-dinding arteri.

~ Minyak Borage yang mengandungi kepekatan tinggi semulajadi GLA dan mudah diserap

~ Minyak Bunga Matahari, suatu sumber utama bagi asid lemak omega-6

~ Vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imunisasi dengan membantu mengekalkan integriti sel.

Kelebihan dan khasiat Shaklee GLA Complex ni

~ Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
~ Membantu meningkatkan kesuburan (bagus utk mereka yg ingin cuba hamil)
~ Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
~ Membantu dalam menangani menopus
 

~ Menguatkan kuku dan rambut
~ Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
~ Membantu menangai ekzema
~ Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
~ Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
~ Menguatkan imuniti tubuh
~ Memperlahankan proses penuaan
~ Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
~ Mengawal kencing manis dan darah tinggi
~ Mengawal kolesterol
~ Untuk fungsi saraf

~ Membantu membaiki simptom berkaitan masalah kencing manis seperti peningkatan sensitiviti terhadap kesakitan dan menghilangkan kebas pada bahagian bawah badan.

~ Kajian membuktikan pengambilan 480mg setiap hari GLA boleh mencegah kemerosotan dan mengurangkan masalah kencing manis dengan membaiki kadar insulin dan kolesterol.

 ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)

~ Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Tahu kan, asas tubuh kita adalah sel. Dari sel ini akan membentuk organ, dan akhirnya membentuk sistem tubuh kita.
 

Antara kebaikan ESP ialah:
- Membekalkan tenaga
- Memberikan rasa kenyang
- Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat
- Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit
- Membanyakkan susu badan

Fakta tentang ESP
- Tidak mengandungi bahan pengawet, pewarna, perasa dan pemanis
- Tidak boleh dibancuh dengan air panas kerana ini akan merosakkan protein
- Sesuai untuk diambil oleh seisi keluarga

dengan pengambilan protein yang lengkap akan membantu anda memulihkan luka dan mengganti sel-sel padan badan kita...jadi, untuk mereka yang mengalami masalah eczema, adalah amat disarankan mengambil kedua-dua produk ini sekaligus supaya penghasilan sel dan penyembuhan berlaku serentak...insyaAllah...  

anda berminat untuk consume full set supplement ?
boleh hubungi saya:
emel sebarang pertanyaan anda ke:
eid.nurmaidah@gmail.com..

text/whatsapp 012 9532501 




atau 

klik link eSell saya: 

set ekzema shaklee
shaklee independent distributor
ID: 914371

Friday, 21 December 2012

assalamualaikum semua....

untuk post yang lepas tentang REVIEW ESP DAN SHAKLEE tu...

saya sebenarnya dah jadi INDEPENDENT DISTRIBUTOR untuk shaklee...Alhamdulillah...

kak Hani (my leader, my advisor untuk kesihatan) cakap, alang-alang kita guna, apa kata kita sharing kebaikan produk dengan rakan-rakan kita semua...dan jangan terkejut yer kalau lepas ni saya semakin rajin update blog semata-mata untuk share kebaikan-kebaikan produk shaklee sahaja...heee...

saya sebenarnya dah lama tahu tentang produk shaklee ni...cuma tiada saluran yang betul dan tiada orang-orang terdekat yang menggunakan produk ini...jadi, sepanjang perjalanan hidup saya..since banyak juga la dapat penyakit...so, banyak jugalah supplement yang diusahakan bonda untuk saya sihat...

saya bermula dengan alphalipid lifeline...dulu popular kan...dan saya habiskan bertin-tin alpha lipid semata-mata sebab saya gastrik...dan Alhmadulillah...saya sembuh...dan bila dah bosan, terus saya stop dan ambil supplement lain, x kisahla dari farmasi mahupun kedai-kedai yang menjual pelbagai produk nak cantik tu...x cantik macam model ponnnnnnn...

itu dari segi kesihatan..kecantikan pula, saya pernah membeli produk kulit yang even pencuci pun dah harga 100++...nak cantik punya pasal kannnnnn....memang, perempuan suka membazir...juga pernah membeli set garnier lengkap dengan pencuci, toner,moisturizer dan masker...obses sangat nak cerah berseri macam lisa surirumah surihani tu...alih2, muka asyik mengelupas...oh, seriously...saya tak suka pakai apa-apa produk yang menyebabkan kulit muka saya mengelupas...dan akhirnya diri ini hanya setia dengan moisturizer olay white radiance n baby powder sahaja...mekap..?? jangan berbicara dengan saya pasal mekap...ZERO knowledge about that...haha...pernah try pakai eyeliner, n it caused me infection...huh...gatal sangat nak pakai kan.....

dan kini, saya tercari-cari apa produk terbaik yang boleh bagi saya tenaga, sihat dan cantik dalam masa yang sama...saya jeles bla tengok orang yang muka nyer bersih...flawless...berseri tanpa penggunaan makeup..dan akhirnya, Alhamdulillah...saya terjumpa blog kak hany ni yang menceritakan kebaikan-kebaikan shaklee product....dan saya ambil masa hampir setahun jugakla...sambil kumpul duit...sebab produk shaklee ni agak mahal jugakla...tapi, most of the supplement boleh bertahan sehingga 4 bulan...so,keluar duit 200++ ke kira ok, sebab untuk 4 bulan...jimatla kan dari nak beli kolagen yang harganya pun dah 70 hengget tapi hanya ada 15 sachet..berkesan atau x, belum tahu lagi....

dan...saya berjanji...akan terus SETIA dengan produk shaklee ini dan akan terus menyebarkan kebaikan-kebaikan produk shaklee dengan semua orang...insyaAllah...

saya masih setia menunggu supplement skincare dari shaklee...haritu hanya mampu beli ESP je...dan sekarang saya akan bermula dengan set D...set kecantikan shaklee...


 SET D : UNTUK KECANTIKAN KULIT

apa yang ada dalam set D...? 
set ini terdiri daripada:

vitamin C:
~ sangat penting untuk pembentukan collagen pada kulit
~ berperanan mempercepatkan proses pemulihan pada kulit
~ melindungi sel-sel dari kerosakan
~ bertindak sebagai anti oksida


vitamin E::
~ Vitamin penting untuk kecantikan kulit
~ bertindak sebagai anti penuaan dan anti oksida
~ melindungi dan mencegah kerosakan sel
~ mempercepatkan proses pemulihan kulit
~ berupaya mengawal kandungan minyak dalam kulit
~ berupaya mengurangkan kesan jeragat yang ada pada kulit
~ awet muda


vitamin B-Complex::
~ dikenali sebagai Beauty Vitamin, "B" for Beauty
~ memelihara kecantikan kulit dari dalam
~ bertindak sebagai penenang....bila jiwa tenang, wajah akan sihat..

note:: buat masa sekarang, vitamin C belum ada stok di HQ...stok insyaAllah akan dapat bulan 4 nanti...insyaAllah...so, untuk yang nak order, saya akan dahulukan B Complex dan Vitamin E sahaja dulu ye....


DAPATKAN VITAMIN YANG ORIGINAL DARI ENGEDAR-PENGEDAR SHAKLEE BERDEKATAN ANDA...JANGAN BELI VITAMIN C ORGANIK YANG DI 'REPACK' ATAU DI 'REBRANDING' OLEH ORANG-ORANG YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB...HARGA DARI SHAKLEE ADALAH JAUH LEBIH MURAH BERBANDING HARGA YANG DIREPACK SEMULA...

EKSKLUSIF HANYA DISINI: ANDA AKAN DAPAT FREE CONSULTATION DARI PIHAK KAMI...KAMI AKAN GUIDE CARA MAKAN SEHINGGA ANDA BOLEH BAGI GOOD TESTIMONI PADA KAMI...INSYAALLAH...



 ada yang berminat nak tahu lebih lanjut tentang SUPPLEMENT KECANTIKAN SHAKLEE...? 
atau berminat nak dapatkan FULLSET SUPPLEMENT dengan harga PROMO...???

boleh hubungi saya:
emel sebarang pertanyaan anda ke:
eid.nurmaidah@gmail.com..
shaklee independent distributor
ID: 914371



Thursday, 20 December 2012

review ESP dan chicken pox

assalamualaikum...

entri chicken pox belum habis lagi...? hehe,...ampun, saya tak nak habiskan cerita chicken pox tu...bosan...tapi, ada jugalah kaitannya...

haa...ingat x saya pernah cakap dalam entri chicken pox tu yang saya mudah letih...tak boleh fokus lama-lama...migrain yang teruk...okei, itu antara sympton-sympton yang saya alami semasa dalam proses penyembuhan dari chicken pox...even parut pun masih bermaharajalela di pipi niha...sebab sendiri garu...siapa sruh kan...?? hehe

okei...so, sekarang dah ok ke...? dah sihat...?? hehe...Alhamdulillah...dengan izin Allah dan kesedaran sendiri yang diri ini sangat-sangat memerlukan supplement....maka saya pejam mata je habiskan hampir separuh duit belanja untuk bulan ini semata-mata nak beli supplement untuk sihat...janji saya boleh concentrate buat kerja dan bersemangat serta tidak mengantuk di dalam kelas....

Alhamdulillah...supplement itu berkesan untuk saya...

so, my review is::
a) badan dah tak letih macam awal-awal dulu dah...
b) dalam kelas dah tak mengantuk dan boleh tumpu lama...membe kiri kanan saya semuanya hampir tersengguk-sengguk untuk kelas jam 11.30 -1 ...tapi, saya masih boleh senyum lebar n celik mata luas-luas...
c) parut-parut luka ciken pox saya semakin menipis...tangan ni gatal sangat menggaru luka-luka yang ada...hasilnya parut berlubang...after seminggu consume supplement ni...saya tengok parut yang berlubang dah semakin menipis n luka-luka yang bersisa hapir sembuh...
d) kulit rasa lembut dan makin cerah...? erk..y ni saya xpasti sangat la betul ke x...tapi, ada orang tegur...
e) lagi...? kita tunggu lagi sebulan setengah...ape jadi..hehehe...

haa, korang semua mesti tertanya-tanya kan supplement apa yang saya ambil...berapa harganya...apa lagi khasiatnya...dan saya pasti, kalau saya bagitahu nama produk ni...mesti dah ramai yang telah menggunakannya ataupun pernah terbaca tentang produk ni...

ok...jom kita tengok, supplement apekah...:)






















tadaaa...!!!

haaa...inilah dia...ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) daripada SHAKLEE...:) 
sungguh jatuh cinta dengan ESP ni taw...1 canister ni boleh tahan 2 bulan...dan rasa dia sedap sangatttttt....:) 

okei, jom kita tengok, apa sebenarnya ESP ni dan apa lagi kelebihannya...

Apakah Energizing Soy Protein?

~ Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Tahu kan, asas tubuh kita adalah sel. Dari sel ini akan membentuk organ, dan akhirnya membentuk sistem tubuh kita.

~ Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang sedang membesar.

~ Selain soya, protein boleh diperolehi daripada daging, ikan dan telur.

Apakah Beza ESP (singkatan bagi Energizing Soy Protein) dengan sumber protein lain?

~ Sumber protein lain mempunyai banyak side effect jika diambil dalam kuantiti yang banyak.Contohnya, daging jika diambil dengan kuantiti banyak akan berpotensi menaikkan kolestrol dalam badan kerana kandungan lemaknya. Ikan mengandungi merkuri terutama ikan dari jenis yang besar. Telur juga mengandungi kolesterol yang tinggi jika diambil dengan banyak.

Apa beza ESP dengan minuman soya jenis lain?

~ Protein adalah zat yang tidak tahan panas, kepanasan akan merosakkan elemen protein. Kebanyakan air soya di pasaran, meskipun yang dibuat sendiri akan melalui proses dimana soya2 ini dimasak dalam suhu tinggi dan ini akan merosakkan kandungan protein di dalamnya.

ESP tidak melalui proses tersebut dan kandungan protein di dalamnya terpelihara.

Siapa yang patut mengambil ESP?
~ Dicadangkan kepada semua kerana ia adalah asas pembentukan badan kita. Namun kepada golongan2 di bawah adalah lebih utama untuk mengambil ESP.

- Mereka yang sentiasa sibuk
- Mereka yang selalu berasa letih
- Ibu mengandung
- Ibu yang menyusukan anak


Apakah kebaikan ESP selain membina sel?

Antara kebaikan ESP ialah:
- Membekalkan tenaga
- Memberikan rasa kenyang
- Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat
- Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit
- Membanyakkan susu badan

Fakta tentang ESP
- Tidak mengandungi bahan pengawet, pewarna, perasa dan pemanis
- Tidak boleh dibancuh dengan air panas kerana ini akan merosakkan protein
- Sesuai untuk diambil oleh seisi keluarga

KENAPA ESP SHAKLEE ADALAH HOT STUFF...:)

~ Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel.

~ Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang sedang membesar,

~ Membekalkan tenaga,

~ Memberikan rasa kenyang

~ Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat

~ Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit

~ Membanyakkan susu badan (milkbooster)

~ Membantu mengekalkan kepejalan otot

~ Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal

~ mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat

okei...inilah dia antara sebab-sebab kenapa saya sangat jatuh cinta dengan ESP...:) 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

saya nak kongsi kebaikan ESP ni dengan rakan-rakan blogger semua...
so, if  ada yang berminat nak tahu lebih lanjut tentang ESP...? 
atau berminat nak dapatkan ESP dengan harga PROMO...???
berminat untuk consume full set supplement dengan harga menarik...?

boleh hubungi saya:
emel sebarang pertanyaan anda ke:
eid.nurmaidah@gmail.com..
shaklee independent distributor
ID: 914371

juga boleh LIKE page kami di SHAKLEE BEAUTY 

p/s:: jom kita sama-sama baiki sistem dalam tubuh badan kita terlebih dahulu sebelum kita ambil any skincare product yang mahal-mahal tu...bila sistem dalam badan kita ok, cukup zat, cukup vitamin....barulah skincare yang kita pakai boleh beri result yang terbaik dan mencantikkan kulit kita...insyaAllah...

Sunday, 2 December 2012

suatu masa...:)

Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
Mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukan

Berpucuk-pucuk surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan

Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya

Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah

Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima
 
lagu: M nasir

Saturday, 1 December 2012

kisah chicken pox

assalamualaikum semua...

diri masih lagi penat...berminggu-minggu saya hanya menjadi silent reader belog orang tanpa sempat update belog sendiri...teringin nak menaip, nak menulis...nak meluah....tapi, masa belum tiba agaknya waktu itu..

Allah uji saya lagi...dalam sihat-sihat...elok je orang tengok saya pergi kelas...tersenyum bergelak ketawa dengan classmates...akhirnya, pada hari adanya 2 paper midterm, saya xmunculkan diri...kelas hampir seminggu saya ponteng...itupun berbekalkan MC yang diberi doktor...

sakit saya hanya biasa-biasa...tapi yang biasa ini yang buat saya tidur menangis, mengalir air mata...sakitnya luar biasa...berkali-kali diri tanya, kenapa xdapat masa kecik-kecik dulu...betulla orang cakap...bila dah tua remaja ni, kena chicken pox memang sakit...

ye...saya kena chicken pox...habis satu badan dan muka...penat sangat...xmampu nak explain rasa macam mana...sendi bagai ditarik-tarik orang seolah-olah hendak tercabut...migrain yang teruk...dan badan lemah...panas...demam...semua ada...pakej...selera...? xmampu nak makan ape sebab semua kena pantang...penat sangat...bilik level 4...bayangla macam mana....

hari isnin tu, saya xrasa pun diri kena ciken pox...anyway, weekend tu dah kena migrain teruk...tapi, saya pujuk hati..marah diri sendiri sebab tidur lambat, dan bangun awal...siapkan project yang nak kena submit...memangla kena migrain..n badan da start lenguh..kaki da start cramp..tapi, xpeduli...buat tak tahu aje...alih2, hari isnin tu saya xtahan...ke klinik..since tekak pun dah rasa perit sakit...tapi, doktor pun cakap dia tak tahu saya sakit ape...masa tu, xperasan lagi biji-biji berair kat badan ni...terlupa lak yang kat kepala ni dah penuh...saya terlupa nk inform doktor sebab rasa macam takde kaitan...so, dia bagi saya ubat kumur dan pain killer sahaja...

nak marah pun ada...dahla sebelum tu hampir 3 minggu saya bergantung dengan pain killer semata sebab geraham bongsu...lagi dapat pain killer...balik ke hostel, lemah je saya jalan...xmampu nak cepat-cepat macam biasa...nak sampai ke hostel tu, banyak kali saya berhenti...lembik...xpercaya dengan apa yang jadi kat diri...lembik sampai begitu sekali...sedangkan xdemam pun...dan akhirnya malam tu, badan dah start gatal, biji-biji merah dah tumbuh merata...letih dari biasa...xleh nak tumpu lama...pening pun ada..CONFIRM...chicken pox datang melawat saya....

penatnye nak taip...panjang lak cite...:(
anyway, doc bagi mc seminggu....dan gagahkan diri sendiri balik rumah naik bas...kl - kelantan...rumet semua tanya, parents xnak datang ambik ke..?? saya senyum je...selagi diri masih kuat, balik je sendiri...itupun sebenarnya dah menangis merau kat bonda minta datang ambik...hehehe...tapi, since saya 'anak lelaki bongsu  abah'...makanya, balik naik bas...

dan kat rumah...haruslah layanan 'first class' dengan segala pantang larang nenek moyang nak kena ikut...xboleh ambik nasi sendiri, xleh makan seafood, xleh makan makanan bergoreng...xleh itu...xleh ini...harus macam orang dalam pantang...maka, terisilah seminggu dengan tidur, makan, ubat dan tengok tv...itu sahaja...

okei...penat...to be continued...

bye...